Married Tapi Benci
Married Tapi Benci | |
---|---|
![]() | |
Genre | Remaja, cinta |
Ditulis oleh | Ahmad Idham |
Pengarah | Rosli Ahmad Taib |
Dibintangi oleh | Syafiq Kyle Azira Shafinaz |
Lagu pembukaan | "Elok-Elok" oleh Othello ft Cat Farish & Tiga Swagger) |
Lagu penutup | "Elok-Elok" oleh Othello ft Cat Farish & Tiga Swagger |
Penerbitan | |
Penerbit | Ahmad Idham |
Penyunting | Syamsul Ahmad Dain |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Excellent Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 26 Februari 2016 – 25 Mac 2016 |
Married Tapi Benci ialah sebuah drama percintaan remaja Malaysia 2016 arahan Rosli Mohd Taib, terbitan Excellent Pictures. Dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz, siri ini disiarkan di Slot Lestary TV3 dari 26 Februari 2016 hingga 25 Mac 2016.[1]
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal lakonan Shafiq Kyle merupakan pelajar kolej yang digilai ramai. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina lakonan Azira Shafinaz dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Rina yang benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain.
Dalam pada masa yang sama Rina semakin rapat dengan Daniel lakonan Mustaqim Bahadon yang juga merupakan musuh ketat Kamal. Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel yang hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.
Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka. Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
Pelakon utama[sunting | sunting sumber]
- Syafiq Kyle sebagai Kamal
- Azira Shafinaz sebagai Rina
Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]
- Nor Albaniah Raffie sebagai Puan Sofia
- Badrul Muhayat sebagai Daing Rahman
- Cat Farish sebagai Daddy Joe
- Zalif Sidek sebagai Ady
- Mustaqim Bahadon sebagai Danial
- Nurul Shahira sebagai Salina
- Ishak (Aifa) sebagai Haris
- Isyariana Che Azmi sebagai Shiera
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Sinar Harian (9-03-2016) Ahmad Idham tampil dengan drama baharu 12 Mac 2017.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
: Lestary, Setiap Rabu - Jumaat 9:00 Malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Married Tapi Benci | Berikutnya |
Cik Cinderella dan Encik Tengku | Mak Cun 2 |