Marry Me Senorita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Marry Me Senorita
Genre
Berdasarkan daripada
Novel (Marry Me, Senorita)
Ditulis olehRehal Nuharis, Dayang Kartinah
PengarahNur Ain Sharif
Dibintangi oleh
Lagu temaAmira Othman - Surat Akhir
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
PenerbitMicheal Ang
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal(Slot MegaDrama)
Astro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 Februari 2021 – 22 Mac 2021
Kronologi
Diikuti olehRindu Awak Separuh Nyawa

Marry Me Senorita ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia pada tahun 2021. Dibintangi Janna Nick, Dini Schatzmann, dan Shaza Bae. Drama ini diadaptasi berdasarkan novel Marry Me, Senorita karya Suri Ryana. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 2 Februari 2021. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sofiy Leia dipaksa meninggalkan rumah oleh ibu saudaranya sebaik sahaja bapa saudara Sofiy meninggal dunia. Dia dikejar dan untuk menyelamatkan dirinya, dia mencari perlindungan di bawah rumah usang di mana Isa Alejandro juga turut berehat. Oleh kerana keadaan hujan lebat dan matahari sudah terbenam, Sofiy tidak mempunyai pilihan selain bermalam di sana. Walaupun dia menganggap Isa adalah seorang yang sombong, namun dia tetap menceritakan kisah tentang apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Isa mengingatkan Sofiy agar tidak terlalu mempercayai rakan baiknya, Tina, tetapi Sofiy menolak.

Sebaik sahaja Sofiy sampai di Kuala Lumpur, dia melihat perubahan pada Tina tetapi masih berusaha memikirkan yang baik-baik. Tina berjanji akan membantu Sofiy untuk mencari pekerjaan. Sofiy panik apabila Tina cuba menjualnya kepada bos tempat dia bekerja dan Sofiy memanggil Isa untuk meminta pertolongan. Setelah menyelamatkan Sofiy, Isa membawanya ke rumah datuk dan nenek Isa. Dia terkejut ketika Isa memperkenalkan dirinya sebagai bakal isteri. Isa meminta Sofiy untuk menikahinya bagi membantu memulihkan kepercayaan datuknya dan pada masa yang sama membantu memastikan keselamatan Sofiy dari Tina dan majikannya.

Sofiy terpaksa bersetuju kerana dia menyedari bahawa dia sedang diburu oleh Tina. Sofiy memaksa Isa untuk menceraikannya sebelum menikahi Rossa. Sebaik sahaja mereka bercerai, Sofiy melanjutkan pelajarannya ke luar negara dan berusaha untuk tidak memikirkan Isa walaupun dia masih sangat mencintainya.

Setelah pulang dari luar negara, Sofiy bekerja di sebuah hotel, di mana dia diminati cef yang juga bekerja di hotel itu, Cef Riz. Walaupun Sofiy melayan Cef Riz dengan baik, hatinya tertutup daripada menerima sesiapa. Sofiy membuat keputusan untuk bertukar kerja sebagai pereka dalaman di sebuah firma yang sebenarnya dimiliki bekas suaminya, Isa. Bermula kisah cinta segi tiga antara Sofiy, Isa dan Cef Riz. Sofiy menolak cinta Cef Riz yang sebenarnya kasar dan panas baran. Tetapi dia juga tidak menerima Isa disebabkan keluarganya, terutama sekali Engku Marini, yang kerap mencari kesalahan Sofiy.

Ammar, pembantu peribadi Isa, mengaku kepada Sofiy dan Engku Aziz bahawa dia sebenarnya adalah anak luar nikah Engku Marini yang ditinggalkannya bertahun-tahan dahulu. Akibat kebencian yang membara dalam diri Engku Marini, beliau membuat keputusan untuk melanggar Sofiy. Sofiy kemudian meninggal dunia dalam pelukan Isa. Engku Marini dipenjarakan, Ammar membawa diri, dan Isa terpaksa meneruskan hidup dengan ketiadaan Sofiy.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Marry Me Senorita MyInfotaip (28 Januari 2021).