Pergi ke kandungan

Marsli N.O.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Marsli N.O.
Kelahiran
Ramli bin Selamat

(1957-10-07) 7 Oktober 1957 (umur 68)
Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu, Malaysia
Nama lainRamli Selamat
PekerjaanPenulis, pemuisi
Tahun aktif1970–kini

Marsli N.O (Sebutan bahasa Melayu: [marsli ɛn o]); lahir 7 Oktober 1957 di Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu) ialah seorang penulis dan pemuisi dari Malaysia. Nama sebenarnya ialah Ramli bin Selamat. Beliau dikenali melalui puisi, cerpen dan naskhah drama yang tersiar di pelbagai media, selain penglibatannya dalam teater sebagai penulis dan deklamator. Karyanya turut diterjemahkan dan membawanya mewakili Malaysia ke beberapa acara penulis di peringkat serantau.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Marsli N.O dilahirkan pada 7 Oktober 1957 di Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu. Beliau mempunyai latar keturunan Jawa daripada sebelah ayah dan keturunan Terengganu daripada sebelah ibu.

Minat awalnya terhadap penulisan dipengaruhi oleh bahan bacaan seperti Majalah Dian serta novel termasuk Pertentangan karya S. Othman Kelantan, Athies karya Achdiat Karta Mihardja dan Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Sajak awalnya, Anak Sisa Perang Vietnam, dihasilkan pada tahun 1970 ketika beliau menuntut di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu. Beliau mula aktif dalam bidang penulisan pada tahun 1975, dan pada Mei 1979 sajaknya bertajuk Harapan diterbitkan dalam majalah Dewan Sastera. Karya beliau merangkumi cerpen, novel, puisi, naskhah drama, resensi buku dan rencana yang tersiar di pelbagai akhbar serta majalah.

Marsli N.O aktif dalam bidang teater sejak 1981 sebagai penulis naskhah, jurulatih dan sutradara. Pada tahun 2000, naskhah arahannya “Fragmen Tolong” memenangi Pekan Teater Pahang dan meraih naib juara di peringkat zon Timur. Beliau turut terlibat dalam beberapa pementasan lain pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Sebagai deklamator, beliau sering dijemput membaca puisi di pelbagai acara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, badan sastera serta institusi kebudayaan sepanjang akhir 1980-an hingga awal 2000-an.

Marsli mewakili Malaysia ke beberapa festival dan persidangan penulis antarabangsa, termasuk Second ASEAN Writer’s Conference Workshop (Poetry) di Manila (1995), Singapore Writer’s Festival (2003), dan Korea–ASEAN Poets Literature Festival di Korea Selatan (2009) serta di Pekanbaru, Riau (2011).

Dari 1993 hingga 1995, beliau menjadi tamu rancangan radio “Galeri Minda” di Radio Tiga Kuantan, membincangkan isu sastera dan ulasan buku. Antara 1994 dan 1999, beliau menerbitkan antologi berkala “P-S” menggunakan sumber peribadi dan sumbangan rakan-rakan penulis.

Beliau juga membentangkan kertas kerja di beberapa forum sastera, antaranya Forum Kemelut Sastera Malaysia (1996), Dialog Sasterawan Generasi Baru 1 (1998), Perhimpunan Penulis Muda Malaysia (1998), Pertemuan Sasterawan Malaysia 1 (1999) dan Perkampungan Penulis Muda Malaysia (2003).

Marsli turut mengusahakan laman web peribadi dan arkib karya dalam talian bagi tujuan penyebaran penulisan sastera.

Pandangan tokoh sasterawan dan sarjana

[sunting | sunting sumber]

Beberapa tokoh sastera pernah mengulas karya Marsli N.O dalam konteks perkembangan puisi Malaysia. Sasterawan Negara A. Samad Said pernah menyebut namanya bersama penyair generasi baharu dalam puisinya “Cenderahati Mogok Seni 8–19 Ogos 1990”, dan mengekalkan pengiktirafan tersebut dalam penerbitan “Balada Hilang Peta” (1990).

Dalam kertas kerja “Hanya Kata: Lahirnya Seorang Seniman” yang dibentangkan pada Seminar Karya Generasi Baru (1988), Suhaimi Haji Muhammad menilai perkembangan kepenyairan Marsli sebagai semakin matang dan teliti.

Kajian Dr. Awang Azman Awang Pawi dalam “Licentia Poetica Puisi Mutakhir Malaysia” (2003) turut menempatkan Marsli dalam kelompok penyair generasi baharu, serta menekankan penggunaan pengalaman kehidupan seharian sebagai sumber utama pengucapannya.

Penyair Indonesia Acep Zamzam Noor, dalam bukunya “Puisi dan Bulu Kuduk” (2011), mencatat perbezaan gaya Marsli berbanding rakan seangkatannya semasa mereka menyertai Second ASEAN Writer’s Conference Workshop (Poetry) di Manila pada 1995.

Anugerah dan pencapaian

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985 puisinya Di Hadapan Buku-Buku menerima sagu hati Hadiah Sastera Utusan Public-Bank, manakala pada 1989 puisinya Negeri Ini, Anak memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan Esso–Gapena. Cerpen Belon meraih Hadiah Cerpen Maybank–DBP pada 1993, diikuti cerpen Pembela yang menerima anugerah sama pada 1994. Puisinya Begitu Kata Malam menerima Hadiah Sastera Perdana 1996/1997, dan cerpen Menanti Buraq menerima Hadiah Sastera Perdana 2000/2001. Lirik Dunia Milik Kita memperoleh sagu hati Pertandingan Mencipta Lirik sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2001.

Pada tahun 2003 cerpennya Menternak Hantu memenangi Hadiah Utama (Kategori Cerpen) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan–ExxonMobil. Cerpennya Ketuanan, Maaf dan Seekor Binatang menerima hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, diikuti puisi Ke Negeri Senyap yang menerima hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan–ExxonMobil 2012. Puisinya Hujan Menuliskan Sungai dipilih sebagai salah satu karya pemenang sayembara puisi di 33rd World Congress of Poets pada 2013.

Puisi Langit Meratap menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013 (Kategori B – eceran). Kumpulan puisi Malam Hujan & Oksimoron pula menerima hadiah saguhati Sayembara Penulisan 2 anjuran ITBM–Pena–BH pada 2015.

Beliau ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Sastera) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 April 2013. Pada tahun yang sama, di Pertemuan Penyair Nusantara VIII di Pattani, Thailand, beliau menerima Anugerah Penyair Nusantara 2015.

Hasil karya

[sunting | sunting sumber]

Kumpulan puisi

[sunting | sunting sumber]
  • Negeri Ini, Anak. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
  • Hanya Kata. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995.
  • Kepada Angin Juga. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008.
  • Mencari Nur. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2013.
  • Malam Hujan & Oksimoron. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2015.
  • Terima Kasih Merdeka. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2016.
  • Utusan di Daerah Asing. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993.
  • Mencari Misteri. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1997.
  • Penderhaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2011.

Kumpulan cerpen

[sunting | sunting sumber]
  • Biduan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
  • Demi. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1998.
  • Menanti Buraq. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008.
  • Masihkah Aku Bermimpi?. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012.
  • Gunting. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2012.

Terbitan persendirian

[sunting | sunting sumber]
  • Siapa di Balik Sana?. 1986.
  • Bla Bla Bla. 1990.
  • Ninabobok. 1993.
  • Di Negeri Mabok. 2010.
  • Penipu. 1997.
  • Politikus, Badut & Sebuah Cermin. 2009.

Penerbitan melalui Buku Nadir Enterprise

[sunting | sunting sumber]
  • Surat-Surat Seorang Anonim. Buku Nadir Enterprise. 2017.
  • Kisah Menulis. Buku Nadir Enterprise. 2018.
  • Merdeka di Dalam Botol. Buku Nadir Enterprise. 2019.
  • Motivasi Untuk Penulis. Buku Nadir Enterprise. 2020.
  • Otak-Otak yang Pecah. Buku Nadir Enterprise. 2020.
  • Primadona. Buku Nadir Enterprise. 2020.

Bukan fiksyen

[sunting | sunting sumber]
  • Merangkai Kisah, Merenda Kata. Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2012.
  • Jom, Menulis. Utusan Publication. 2013.

Naskhah drama

[sunting | sunting sumber]
  • Di Suatu Ruang Bernama Pengadilan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2014.

Karya dalam antologi puisi (Malaysia)

[sunting | sunting sumber]
  • Manifestasi. Pena. 1982.
  • Selagi Ombak Mengejar Pantai 5. Kemudi. 1986.
  • Masih Adakah Kasih Untukku. Utusan Melayu. 1986.
  • Gema Membelah Gema 8. 1987.
  • Gema Membelah Gema 10. 1991.
  • Gema Membelah Gema 11. 1994.
  • Puisirama Merdeka. PENA. 1986.
  • Di Luar Kerelaan. DPMP. 1987.
  • Jika Kau Rindu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988.
  • Di Atas Mimbar Merdeka. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989.
  • Puisi Baharu Melayu 1961–1986. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.
  • Salam Samudera. Universiti Malaya. 1990.
  • Antologi Temu Puisi. KKP. 1991.
  • Takhta dan Rakyat: Suatu Manifestasi. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993.
  • Cetera. Kelab Sastera DBP. 1994.
  • Rumah Merdeka. Gapena. 1998.
  • Aksara Merdeka. Gapeniaga Sdn. Bhd. 2000.
  • Jamung Merdeka. Gapeniaga Sdn. Bhd. 2005.
  • Manuskrip Luka Bangsa. Pena. 2006.
  • Genting Gaza, Gentingnya Genting. Pena. 2009.
  • Selamatkan Anak-Anak Palestine. Jawatankuasa Malam Amal Selamatkan Anak-Anak Palestine. 2009.
  • Sumpah 152. Gapena. 2010.
  • Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka. Jabatan Penerangan Malaysia. 2013.

Karya dalam antologi puisi (antarabangsa)

[sunting | sunting sumber]
  • ASEANO: An Anthology of Poems from Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). Manila: Asean Committee on Culture & Information. 1995.
  • Antologia de Poeticas: Kumpulan Puisi Indonesia, Portugal, Malaysia. PT Gramedia Pustaka Utama. 2008.
  • Becoming (dalam bahasa Inggeris). Korean–Asean Poets Literature Festival. 2010.
  • Sipyung (dalam bahasa Korea). Korea: The Poet Society of Asia. 2010.
  • Sauk Seloko (dalam bahasa Indonesia). Dewan Kesenian Jambi. 2012.
  • Tamadun 1 (dalam bahasa Indonesia). Dinas Kebudayaan Provinsi Kepulauan Riau. 2013.
  • Lambaian Nusantara dari Kota Singa. Singapura: Pertemuan Penyair Nusantara VIII. 2014.

Cerpen dalam antologi (Malaysia)

[sunting | sunting sumber]
  • La Q. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991.
  • Fenomena. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1992.
  • Mercu 2. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993.
  • Mercu 3. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1995.
  • Titah Paduka Seri. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2013.

Terjemahan karya

[sunting | sunting sumber]
  • Voices of Malaysian Poets (dalam bahasa Inggeris). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2009.
  • Emas Tempawan (dalam bahasa Inggeris). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2006.
  • Bertakhta di Atasnya (dalam bahasa Rusia). Moscow: Unknown. 2009.
  • Kuala Lumpur: Sebuah Fragmen Cinta (dalam bahasa Korea). Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2012.
  • Kuala Lumpur: Sebuah Fragmen Cinta (dalam bahasa Korea). Institut Terjemahan & Buku Malaysia. 2013.

Rencana teater dalam antologi

[sunting | sunting sumber]
  • Teater Terengganu: Suatu Penelitian Pasca Moden. Tetamu. 1996.
  • Jenama, Tulang Belakang, Akar Umbi Teater Terengganu. Tetamu. 1997.