Marsyal Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Insignia pangkat pergelangan baju Marsyal Itali (1933-1945).
Insignia bahu bagi pangkat Marsyal Itali (1945-1947).

Marsyal Itali atau Marshal of Italy (Bahasa Itali: Maresciallo d'Italia) ialah sejenis pangkat tentera dalam Tentera Darat Diraja (Regio Esercito) Itali. Pada asalnya diwujudkan pada tahun 1924 oleh diktator Itali Benito Mussolini bagi memberi penghormatan kepada Jeneral Luigi Cadorna dan Armando Diaz, pangkat tersebut juga dianugerahkan kepada beberapa jeneral yang lain dari tahun 1926 hingga 1943. Ia setaraf dengan pangkat Fil Marsyal dan merupakan pangkat tertinggi dalam tentera Itali sebelum pelantikan pangkat Marsyal Pertama Empayar pada tahun 1938. Pangkat Marsyal Itali telah dimansuhkan pada tahun 1946 selepas penubuhan Republik Itali. Pangkat setaraf dari Tentera Laut Diraja (Regia Marina) adalah Laksamana Besar (Grande Ammiraglio), manakala pangkat setaraf dari Tentera Udara Diraja (Regia Aeronautica) ialah Marsyal Udara (Maresciallo dell'Aria), kesemuanya telah dimansuhkan selepas tertubuhnya Angkatan Tentera Republik Itali.

Senarai Marsyal Itali[sunting | sunting sumber]

Marsyal Itali:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]