Marwilis Yusof

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Marwilis bin Haji Yusof (lahir 5 Jun 1944 di Ulu Selangor, Selangor) Syarikatnya Marwilis Publisher & Distributors terletak di Tingkat 3, Fasa 2, Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan penulis beberapa novel dan menjadi ADUN kawasan Semenyih selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1978.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Marwilis bersekolah di Sekolah Melayu Setapak apabila keluarganya pindah ke Gombak.Kemudian belajar di Sekolah Rendah Cina di Lee Rubber, Gombak dan beliau mahir dalam bahasa Mandarin.Belajar pula di Sekolah Chong Hwa, Jalan Pahang, Kuala Lumpur dan lulus MCEdan STP.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Marwilis menjadi guru Bahasa Cina dan Bahasa Melayu di Sekolah Chong Hwa, selama setahun. Kemudian menjadi wartawan di Utusan Melayu dan melaporkan perbicaraan di Mahkamah Rendah, Mahkamah Tengah dan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada setiap hari.1977 menjadi setiausaha akhbar Dato’ Musa Hitam (1977-1983).1982 beliau bertanding di DUN Semenyih dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 dan menjadi Exco Selangor sehingga 1986.

Syarikat penerbitannya menerbitkan novel dan buku-buku sekolah dan mengusahakan kedai buku dan alat tulis di PKNS Shah Alam dan Tanjung Karang. Anak saudaranya Ahadiat Akashah lulusan Sains Komputer pernah menjadi pembaca pruf di syarikatnya di Shah alam. Ahadiat Akashah kemudian dapat menghasilkan 88 buah novel , novelis paling aktif di Malaysia.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Sejak 1968 beliau menjadi pemberita mahkamah dan menaikkan imej Utusan Malaysia.Novel pertamanya 'Izin dalam Paksa' dan 'Janda Seribu Kirai', Buai Diayun Anak Dicubit dan Terbuang Tapi Terbilang. Novel satira bertajuk Perlumbaan Kedua mengangkat nama beliau sebaris dengan Hassan Ibrahim - Tikus Rahmat dan Ishak Haji Muhammad - Putera Gunung Tahan.

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Izin dalam Paksa, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1971.
  2. Janda Seribu Kirai. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1979.
  3. Bila Lagi Kompang Berbunyi. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1980.
  4. Buah Kering di Hujung Ranting. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1980.
  5. Bukan Kail Kita Dinantinya. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd., 1980.
  6. Buai Diayun Anak Dicubit. Shah Alam: Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., 1987.
  7. Terbuang Tapi Terbilang, Shah Alam: Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., 1987.
  8. Bila Rindu Berputik. Shah Alam: Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., 1990.
  9. Perlumbaan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
  10. Perlumbaan Kedua. Shah Alam: Marwilis Publisher & Distributors Sdn. Bhd., 1995.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]