Mary, Permaisuri Hungary

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mary I of Hungary.jpg

Mary yang juga dikenali sebagai Maria (1371 - 17 Mei 1395), adalah yang bertakhta Permaisuri Hungary dan Croatia antara 1382 dan 1385, dan sejak 1386 sehingga kematiannya. Beliau merupakan puteri kepada Louis Yang Agung, iaitu Raja Hungary dan Poland, dan isterinya, Elizabeth Bosnia. Perkahwinan Mary dengan Sigismund Luxembourg, putera kedua kepada Maharaja Charles IV dari Kemaharajaan Roman dinasti Luxembourg, sudah ditentukan sebelum hari jadi pertamanya. Satu delegasi oleh wali gereja Poland dan orang-orang kaya mengesahkan haknya untuk menggantikan bapanya di Poland pada 1379.

Mary dimahkotakan sebagai "raja" Hungary pada 17 September 1382, tujuh hari selepas kematian Louis Yang Agung. Ibunya, yang menjadi pemangku raja membebaskan bangsawan Poland dari sumpah taat setia kepada Mary, yang menyokong adik Mary, Hedwig, pada awal 1383. Idea berajakan perempuan kurang disukai di kalangan bangsawan Hungary, majoriti daripada mereka menganggap sepupu jauh Mary, Charles III Naples, sebagai raja yang sah. Bagi mengukuhkan kedudukan Mary, ibu suri mahu dia berkahwin dengan Louis, adik kepada Charles VI Perancis. Pertunangan mereka telah diumumkan pada Mei 1385.

Charles III Naples tiba di Dalmatia pada September 1385. Sigismund Luxemburg menyerang Upper Hungary (kini Slovakia), memaksa ibu suri menyerahkan Mary, untuk dikahwini dengannya pada bulan Oktober. Walau bagaimanapun, mereka tidak mampu menghalang Charles dari memasuki Buda. Selepas Mary melepaskan takhta, Charles ditabalkan menjadi raja pada 31 Disember 1385, tetapi dia telah dibunuh atas hasutan ibu Maria pada Februari 1386. Mary dikembalikan semula, tetapi pembela raja menangkap dia dan ibunya pada 25 Julai. Ratu Elizabeth telah dibunuh pada Januari 1387, tetapi Mary dibebaskan pada 4 Jun 1387. Mary secara rasmi kekal sebagai pemerintah bersama Sigismund, yang sementara itu telah dimahkotakan sebagai raja, tetapi pengaruhnya ke atas kerajaan adalah minimum. Pada 17 Mei 1395, beliau yang mengandung ketika itu meninggal dunia setelah dihempap kuda semasa dalam perjalanan memburu bersendirian. Trauma itu menyebabkan terjadinya proses kelahiran dan dia telah melahirkan seorang anak lelaki pramatang. Akibat kecederaan yang membawa maut; yang jauh dari sebarang bantuan, anaknya juga meninggal dunia.

Footnotes[sunting | sunting sumber]