Mary Kom (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mary Kom
PengarahOmung Kumar
PenulisKaran Singh Rathore
Ramendra Vasishth
(dialogue)
Lakon layarSaiwyn Quadras
Cerita olehSaiwyn Quadras
Dihasilkan olehViacom 18 Motion Pictures
Sanjay Leela Bhansali
DibintangiPriyanka Chopra
Darshan Kumaar
Sunil Thapa
SinematografiKeiko Nakahara
Disunting olehRajesh G. Pandey
Sanjay Leela Bhansali
Muzik olehSongs:
Shashi Suman and Shivam Pathak
Background Score:
Rohit Kulkarni
Syarikat
penerbitan
Bhansali Productions
Diedarkan olehViacom 18 Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 5 September 2014 (2014-09-05)
Masa tayangan
122 minutes[1]
NegaraIndia
BahasaHindi
BajetUS$2.2 Juta
Pecah panggungUS$16 Juta

Mary Kom adalah filem biografi-sukan tahun 2014 dari India yang diarahkan oleh Omung Kumar.Ia berkisahkan tentang kisah sebenar peniju wanita India , Mary Kom.Filem ini dibintangi Priyanka Chopra dalam memainkan peranan sebagai Mary Kom, dengan Darshan Kumar dan Sunil Thapa dalam menyokong peranan sebagai suami dan mentor beliau. Filem ini menggambarkan perjalanan Kom untuk menjadi seorang peninju dan kemenangan beliau di Kejohanan Tinju Dunia 2008 di Ningbo City. Filem ini juga menyaksikan, Priyanka Chopra membuat penampilan pertamanya sebagai penyanyi latar di filem Bollywood untuk lagu yang dipanggil "Chaoro".

Lakon Layar filem ini dibagunkan oleh Saiwyn Quadras dan mencadangkan jalan cerita kepada Omung Kumar. Tujuan utama kisah Mary Kom dibawa ke layar perak ialah untuk membuat rakyat India sedar tentang kejayaan Mary Kom. Mary Kom walaupun mempunyai pencapaian yang bagus dalam satu tinju, namun bukan satu nama yang biasa di India.Chopra menjalani latihan yang menyeluruh selama tiga bulan untuk mencapai bentuk badan yang berotot. Beliau juga dilatih dengam sukan tinju dan gaya tinju Kom.

Tayangan perdana filem ini diadakan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2014 dan menjadi filem Hindi yang pertama yang akan ditayangkan pada malam pembukaan festival filem. Filem ini dikeluarkan pada 5 September 2014 hingga ulasan umumnya positif dari pengkritik, dengan lakonan Chopra menerima pujian kritis. Filem ini dibikin dengan bajet ₹ 150 juta (AS $ 2.2 juta) dan berjaya mengutip ₹ 1.04 bilion (AS $ 16 juta). Ia muncul sebagai satu kejayaan komersial. Mary Kom menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Filem Nasional India ke-62 untuk Filem Terbaik dalam Hiburan yang Sihat.

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini menggambarkan perjalanan Mary Kom untuk menjadi seorang peninju dan kemenangan beliau di Kejohanan Tinju Dunia 2008 di Ningbo City.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Priyanka Chopra sebagai Mary Kom
  • Sunil Thapa sebagai M. Narjit Singh
  • Darshan Kumar sebagai Onler Kom
  • Robin Das sebagai Mangte Tonpa Kom
  • Rajni Basumatary sebagai Mangte Akham Kom
  • Lin Laishram sebagai Bem-Bem
  • Bijou Thaangjam sebagai Naobi
  • Zachary Coffin sebagai Jurulatih Peninju Pasukan Jerman
  • Bandari Raghavendra sebagai Peter Michael
  • Raghav Tiwari sebagai Mangi
  • Shakti Sinha sebagai S. Sharma
  • Kenny Basumatary sebagai Jimmy
  • Ritika Murthy sebagai Wartawan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mary Kom (2014)". British Board of Film Classification. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-27. Dicapai pada 8 October 2014.