Marzuki Alie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Haji Marzuki Alie (lahir 6 November 1955 di Palembang, Indonesia) adalah Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia tempoh 2009-2014,[1] yang berasal dari Parti Demokrat. Marzuki Alie sebelumnya juga berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti Demokrat, sebuah parti yang dibentuk oleh Susilo Bambang Yudhoyono.

Marzuki Alie mempunyai latar belakang pendidikan kedoktoran falsafah bidang politik dari Universiti Utara Malaysia, serta sarjana pengurusan dari Universiti Sriwijaya, Palembang. Sebelum mencebur diri ke dunia politik, Marzuki adalah seorang kakitangan awam daripada Kementerian Kewangan Indonesia. Dia juga pernah menjawat sebagai direktor PT. Semen Baturaja, iaitu suatu perusahaan semen milik negara.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Marzuki Ali Diplot Ketua DPR[pautan mati kekal], Sriwijaya Post, 10 Julai 2009. Diakses 17 Jun 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]