Mas Anizan
Mas Anizan | |
|---|---|
السيد أنيزان | |
| Kelahiran | Mas Anizan binti Mohamed Shahid 13 November 1973 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1990–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Dato' Ali Bapoo (k. 1993; m. 2008) |
| Anak-anak | 4 |
Datin Mas Anizan Mohamed Shahid (lahir 13 November 1973) ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif di televisyen dan filem.[1][2][3]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1990 menerusi drama Sesat Dalam Cahaya yang disiarkan di TV1, kemudian membuat penampilan pertamanya di layar perak menerusi filem Antara Gadis.[1]
Beliau membuat kemunculan semula pada 2009 menerusi drama Senandung Si Dayang dan pernah membintangi beberapa iklan komersial.[1]
Pada tahun 2019, beliau berlakon dalam Sara Sajeeda, memegang watak sebagai Puan Sri Norizan, ibu kepada Sara lakonan Tiz Zaqyah.[1]
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Beliau berkahwin sebanyak dua kali. Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Dato' Ali Bapoo pada 1993. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Mas Aliza dan Muhamad Masli Daniel. [4] Suaminya meninggal dunia pada 2008.[1][5][6]
Beliau berkahwin kali kedua beberapa tahun kemudian dan dikurniakan seorang lagi anak, iaitu Ariana Marrisa.[1][7] Perkahwinan keduanya tidak bertahan lama apabila bercerai pada 2021.[8]
Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon, Zarina Zainuddin.[1][2][9]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2025 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktres Pembantu TV Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 4 5 6 7 "Biodata Mas Anizan, pelakon drama Sara Sajeeda". Oh Semput!. 4 Oktober 2019. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- 1 2 Huzz (24 Februari 2019). "Suasana baharu, Mas Anizan berdebar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-28. Dicapai pada 29 Julai 2019.
- ↑ Zul Husni Abdul Hamid (7 Mei 2004). "Dunia lakonan masih dalam hati Mas Anizan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2004. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
- ↑ Zulqarnain Abu Hassan (28 Jun 2019). "Mas Anizan pantau pergerakan anak". Sinar Harian. Dicapai pada 29 Julai 2019.
- ↑ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (7 Jun 2019). ""Kenapa mesti nak kaitkan dengan rumah tangga" - Mas Anizan". Berita Harian. Dicapai pada 29 Julai 2019.
- ↑ Shazryn Mohd Faizal (5 Oktober 2009). "Cinta dan hidup Mas Anizan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Oktober 2009. Dicapai pada 9 Ogos 2015.
- ↑ Zaidi Mohamad (10 November 2014). "Mas Anizan lahir anak ketiga". Berita Harian. Dicapai pada 29 Julai 2015.
- ↑ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (5 Oktober 2021). "'Jodoh Mas Anizan sudah berakhir'". Berita Harian. Dicapai pada 20 November 2021.
- ↑ Suhaidah Abd Wahab (19 Jun 2019). "Mas Anizan, Wilma & Zarina kongsi kemeriahan Aidilfitri". Mingguan Wanita. Dicapai pada 29 Julai 2019.