Mas Ermieyati Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Datuk Wira
Mas Ermieyati Samsudin
Ahli Parlimen
MasErmieyati.jpg
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Masjid Tanah
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului oleh Abu Seman Yusop
Ketua Puteri UMNO
Dalam jawatan
12 Oktober 2013 – 1 Julai 2018
Didahului oleh Rosnah Rashid Shirlin
Digantikan oleh Zahida Zarik Khan
Butiran peribadi
Lahir Mas Ermieyati binti Samsudin
(1976-11-13) 13 November 1976 (umur 41)
Hospital Besar Melaka, Melaka, Malaysia
Pasangan Mohd. Helmy Abd. Talib
Anak-anak 4
Alma mater Universiti Kebangsaan Malaysia
Pekerjaan Ahli politik

YB Datuk Wira Hjh Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (lahir 13 November 1976) merupakan ahli politik wanita Malaysia dan Ahli Parlimen P134 Masjid Tanah sejak Mei 2013 setelah memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-13 dengan majoriti 16,200 menewaskan calon PAS iaitu Mohd Nasaie Bin Ismail. Beliau juga merupakan mantan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia setelah memenanginya pada Pemilihan UMNO 2013. Beliau juga merupakan Wanita pertama dari negeri Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen dari kalangan wanita.[1][2]

Beliau diisytihar keluar dari UMNO pada 1 Julai 2018 dan menjadi ahli parlimen bebas.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 13 November 1976 di Hospital Besar Melaka dan merupakan anak ke-2 kepada pasangan Hjh Salbiah Ahmad dan Hj Samsudin Md Ali. Dibesarkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School (2) Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka. Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor. Beliau berkahwin dengan Mohd. Helmy Abd. Talib dan dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Haiqal, Hakim, Hafiy dan Hasif.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang di UKM, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman tetuan Khairul Latif & Associales dan tetuan Adillah A.Nordin. Pada tahun 2004, bersama dua orang rakan kongsi iaitu Mohd Khairul Nizam Abd Kadir dan Desmond Ho Chee Cheong membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Ermiey Nizam & Ho. Waktu yang sama minat kepada kerja kesukarelawan sudah sebati dengan jiwa. Sejak zaman sekolah dan seawal umur 15 tahun, beliau telah aktif dengan persatuan Gerakan Belia 4B MALAYSIA (GB4B). Kini beliau memegang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia.

Politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau menceburkan diri dalam politik secara serius sejak mula bergelar sebagai peguam sekitar 2001 semasa sayap UMNO yang ketiga iaitu PUTERI dipersetujui oleh Presiden UMNO untuk diwujudkan di seluruh negara maka waktu inilah beliau ditawarkan menduduki jawatankuasa penaja di bahagian Alor Gajah. Tahun 2003 beliau menjadi Ketua PUTERI UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua PUTERI Negeri Melaka (persempadanan baru tahun 2004 bertukar ke Bahagian Masjid Tanah) selama 10 tahun sehingga tahun 2013 dan dalam tempoh yang sama beliau juga adalah EXCO PUTERI UMNO Malaysia.

Pilihan raya Umum 2013[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihanraya Umum 2013 YB Datuk Wira Mas Ermieyati dipilih untuk mewakili Barisan Nasional bertanding kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah dan memenanginya apabila menewaskan calon PAS iaitu Mohd Nasaie Bin Ismail. Beliau telah memperoleh 27,688 undi berbanding lawannya memperoleh 11,488 undi dan menang dengan majoriti sebanyak 16,200 undi. Beliau merupakan Wanita pertama Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen sehingga mewakili parlimen Malaysia ke luar negara sepert ke Brunei ke ‘34th General Assembly Of The ASEAN Inter Parliamentary Assembly (AIPA)’, ke Brussels, Belgium bagi ‘Women In Parliament Forum’. Sebagai Pemerhati ke ‘General Election’ di Cambodia bersama YB. Datuk Seri Shahidan Kassim, Dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai pengiring bagi lawatan kerja Oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia ke ‘The 4th Qatar International Businesswomen Forum St. Regis, Doha, Qatar and to Dubai,Uae’, Pada 2014 mewakili Parlimen Malaysia ke Tehran, Iran bagi ‘Iran for The 9th Parliamentary Union Of Oic Member States (Puic) Conference and Meetings’.

NGO[sunting | sunting sumber]

YB Datuk Wira Mas Ermieyati merupakan seorang aktivis belia yang aktif. Di peringkat Negeri Melaka beliau merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah dan Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M) Negeri Melaka. Di peringkat Nasional beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Biro Kebudayaan Gerakan Belia 4B Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Gerakan Belia 4B Malaysia dan Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia. Kini beliau menyandang jawatan Ahli Majlis KERJA Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia.

Jawatan politik[sunting | sunting sumber]

Peringkat UMNO Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tahun Jawatan
2013 - 2018 Ketua PUTERI UMNO Malaysia
2013 - 2018 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
2003 - 2013 Exco Pergerakan PUTERI UMNO
2009 - 2013 Pengerusi Unit Khas Pilihanraya Puteri UMNO

Peringkat UMNO Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

Tahun Jawatan
2003- 2013 Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka
2003 - 2018 Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka
2003 - 2018 Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Negeri Melaka
2004 - 2013 Ketua Unit IT & Dokumentasi UMNO Melaka

Peringkat UMNO Bahagian Masjid Tanah[sunting | sunting sumber]

Tahun Jawatan
2004 - 2013 Ketua Pergerakan Puteri UMNO
2004 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian

Peringkat UMNO Cawangan Paya Lebar[sunting | sunting sumber]

Tahun Jawatan
2002 - 2013 Ketua Pergerakan Puteri UMNO
2002 - 2019 Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan

Jawatan NGO[sunting | sunting sumber]

Peringkat Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Jawatan
2009 - kini Ahli Majlis Kerja Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia
2009-2014 Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia
2009-2014 Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Gerakan Belia 4B Malaysia
2009-2014 Pengerusi Biro Kebudayaan Gerakan Belia 4B Malaysia
2010-2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi Mimbar Pengiktirafan IbuBapa Malaysia (MAPIM)

Peringkat Negeri Melaka[sunting | sunting sumber]

  • Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M)  Negeri Melaka
  • Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah
  • Pengerusi Pusat Dalam Komuniti (PDK/OKU) Seri Permata Lubok China Melaka
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah
  • Pengerusi AADK kawasan Masjid Tanah
  • Pengerusi Koperasi Parlimen Masjid Tanah

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Masjid Tanah, Melaka.[4][5][6][7]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 Mas Ermieyati Samsudin (UMNO) 27,688 70.68% Nasaie Ismail (PAS) 11,488 29.32% 39,827 16,200 86.67%
2018 Mas Ermieyati Samsudin (UMNO) 22,898 % Sabirin Jaafar (PPBM) 14,739 % 8,159 %
Mohd Nasir Othman (PAS) 4,688 %

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PKR toying with Nurul Nuha 'candidacy' for sympathy vote - Mas Ermieyati". Astro Awani. 12 February 2015. Dicapai 7 July 2015. 
  2. ^ "Still only five PR reps in PAC unchanged". The Sun. 26 September 2013. Dicapai 7 July 2015. 
  3. ^ "Mas Ermieyati keluar Umno, isytihar MP bebas". Malaysiakini. 1 Julai 2018. Dicapai 14 Julai 2018. 
  4. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  5. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai 24 March 2017. 
  6. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2014. Dicapai 9 April 2014. 
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai 26 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]