Masa lampau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lukisan Vse v proshlom ("Segalanya ada di Masa Lampau," Vassily Maximov, 1889).

Masa lampau/silam merujuk kepada segala peristiwa yang telah berlaku; yakni sebelum suatu titik masa.[1] Masa lampau adalah bertentangan dengan kini serta masa depan. Konsep masa lampau terbit daripada gaya manusia melihat masa secara linear, dan dicapai melalui ingatan. Di samping itu, manusia telah mencatat peristiwa-peristiwa lampau sejak kemunculan bahasa bertulis.[2] Pelbagai bidang akademik mengkaji tentang peristiwa-peristiwa lampau, termasuk sejarah, arkeologi, paleontologi dan etimologi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "past" (web article). Dictionary.com. Dictionary.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2018. Dicapai pada 25 Jun 2018.
  2. ^ Christian, David. "Record Keeping and History: How We Chronicle the Past" (web article). www.khanacademy.org. Khan Academy. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2018. Dicapai pada 25 Jun 2018.