Masahiro Sakurai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masahiro Sakurai
桜井 政博
Kelahiran (1970-08-03) 3 Ogos 1970 (umur 53)
Pekerjaan
Karya
Siri Kirby
Siri Super Smash Bros.
PasanganMichiko Sakurai

Masahiro Sakurai (Jepun: 桜井 政博, Hepburn: Sakurai Masahiro, dilahirkan 3 Ogos, 1970) adalah seorang pengarah permainan dan pereka permainan, dikenali sebagai pencipta siri Kirby dan Super Smash Bros. Selain kerjanya pada siri-siri tersebut, dia juga mengetuai reka bentuk Meteos pada 2005 dan mengarah Kid Icarus: Uprising pada 2012. Seorang bekas pekerja HAL Laboratory, dia mengasas Sora Ltd. pada 2005, sebuah syarikat yang dia masih mengetuai. Dia juga seorang pengarang kepada sebuah lajur mingguan untuk majalah Famitsu, dan telah melakukan kerja lakonan suara untuk beberapa permainannya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Masahiro Sakurai dilahirkan pada 3 Ogos 1970, di Musashimurayama, Tokyo, Jepun. Salah satu pengalaman terawal Sakurai dalam industri permainan video bermula ketika dia bekerja untuk HAL Laboratory, di mana dia mencipta watak Kirby pada usia 19 tahun dan mengarah permainan pertamanya, Kirby's Dream Land.[1] Sakurai mengundurkan diri dari HAL pada 5 Ogos 2003, setelah bosan dengan paksaan sekuel oleh HAL secara pasif, mengakhiri kerjanya pada siri Kirby. "Sukar bagi saya untuk melihat bahawa setiap kali saya mencipta permainan baru, orang secara automatik menganggap bahawa sekuel akan datang," Sakurai mengatakan dalam temu ramah dengan Nintendo Dream, dua minggu selepas dia keluar dari HAL. Dia menjelaskan bahawa, "walaupun ia adalah sekuel, ramai orang harus memberi sebaik mereka untuk membuat sebuah permainan, tetapi beberapa orang menganggap proses sekuel itu berlaku secara semula jadi".

Tidak lama kemudian, Sakurai mula mengerjakan projek dengan Q Entertainment, bersama dengan Tetsuya Mizuguchi. Kerjasama ini menghasilkan Meteos pada tahun 2005, permainan teka-teki untuk Nintendo DS. Pada 30 September 2005, Sakurai mengumumkan bahawa dia telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Sora.[2] Dua permainan diumumkan sedang dalam pengembangan tetapi tiada sebarang maklumat diberitahui mengenai permainan-permainan itu. Mengenai masa depan siri Super Smash Bros., Presiden Nintendo dan HAL Laboratory Satoru Iwata, semasa sidang media Nintendo E3 2005, menjanjikan sebuah lelaran permainan dalam talian akan datang ke konsol permainan video Nintendo Wii.

Dalam edisi #885 majalah Famitsu, Sakurai mengungkapkan bahawa dia akan bertugas sebagai pengarah dan pereka permainan untuk Super Smash Bros. Brawl untuk Wii. Super Smash Bros. Brawl dilancarkan pada tahun 2008, setelah kakitangan yang dipinjam dari 19 studio pembangun yang berbeza membantu dalam penciptaan.[3] Sakurai telah mengemas kini setiap hari laman sesawang Super Smash Bros. Brawl dinamakan Smash Bros. Dojo. Bermula setahun sebelum pelanacaran, dia mendedahkan rahsia Brawl dan kandungan permainan melalui laman web ini. Smash Bros. Dojo mempunyai kemas kini berkala dari 22 Mei 2007 hingga 14 April 2008.

Pada hari terakhir kemaskinian, didedahkan bahawa Sakurai membekalkan suara untuk King Dedede dalam Kirby 64: The Crystal Shards dan juga Dedede di Super Smash Bros. Brawl. Dia dan syarikatnya, Sora Ltd. bersama Nintendo, memulakan studio pihak pertama, Project Sora, yang dimiliki 72% oleh Nintendo dan 28% dimiliki oleh Sora Ltd. Pada E3 2010 terungkap bahawa Sakurai dan Project Sora sedang mengerjakan Kid Icarus: Uprising for the Nintendo 3DS. Project Sora ditutup dan menamatkan penciptaan pada 30 Jun 2012.[4] Pada E3 2011, Nintendo mengumumkan bahawa Sakurai sedang mengerjakan Super Smash Bros. untuk Nintendo 3DS dan Wii U. Sakurai memulakan penciptaan tajuk itu setelah pelancaran Kid Icarus: Uprising pada bulan Mac 2012.[5]

Pada bulan Februari 2013, Sakurai didiagnosis dengan tendinitis kalsium dekat bahu kanannya, yang menyebabkan kesakitan yang amat setiap kali menggerakkan lengannya. Dia menyatakan bahawa ini dapat memperlambat kerjanya, kerana dia melakukan beberapa ujian permainannya diri sendiri.[6] Isteri Sakurai, Michiko, telah bekerja mencipta antara muka pengguna bergrafik untuk banyak permainan suaminya, seperti di Kirby Air Ride, Meteos, dan siri Super Smash Bros.[7]

Dalam lajur Januari 2015 di Famitsu Mingguan, Sakurai meyebut kemungkinan untuk bersara, menyatakan keraguan bahawa dia dapat terus membuat permainan jika kerjayanya terus memberi sebanyak tekanan seperti sekarang.[8] Pada bulan Disember 2015, Sakurai sekali lagi menyatakan bahawa dia tidak pasti akan ada permainan lain dalam siri Smash Bros.,[9] tetapi pada 8 Mac 2018, Super Smash Bros. Ultimate diumumkan semasa Nintendo Direct dan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada Disember 2018.[10]

Karya[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
1992 Terima kasih yang istimewa
Kirby's Dream Land Pengarah, pereka
1993 Kirby's Adventure
1996 Kirby Super Star Pengarah
1999 Super Smash Bros.
2000 Kirby 64: The Crystal Shards Pelakon suara (King Dedede)
Kirby Tilt 'n' Tumble Terima kasih yang istimewa
2001 Super Smash Bros. Melee Pengarah
2002 Kirby: Nightmare in Dream Land
Fire Emblem: The Binding Blade Terima kasih yang istimewa
2003 Kirby Air Ride Pengarah
2004 Kirby & the Amazing Mirror Penasihat khas
2005 Meteos Pereka
Mushiking: The King of Beetles
2008 Super Smash Bros. Brawl Pengarah, penulis senario, pelakon suara (King Dedede)
2012 Kid Icarus: Uprising Pengarah, penulis senario
2014 Super Smash Bros. untuk Nintendo 3DS dan Wii U Pengarah, penulis senario, pelakon suara (King Dedede)
2018 Super Smash Bros. Ultimate[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MacDonald, Keza (August 8, 2018). "From Kong to Kirby: Smash Bros' Masahiro Sakurai on mashing up 35 years of gaming history". the Guardian.
  2. ^ Gomez, John (2005-09-30). "GameDAILY, Glu, Climax, Mforma, THQ Wireless & More Make Moves". GameDaily BIZ. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-01. Dicapai pada 2006-05-11.
  3. ^ "Iwata Asks: Super Smash Bros. Brawl". Wii.com. Nintendo of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-07. Dicapai pada 2007-09-19.
  4. ^ O'Brien, Lucy (2012-07-11). "Kid Icarus Uprising Developer Closes". IGN. IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-15.
  5. ^ Gantayat, Anoop (2011-06-08). "Smash Bros. U & 3DS development appears to be very early". andriasang.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-11. Dicapai pada 2011-06-08.
  6. ^ Gifford, Kevin. "Why Masahiro Sakurai's bum right arm is hindering work on the new Smash Bros". Polygon.com. Dicapai pada 2013-04-19.
  7. ^ Aengenheyster, Justin (2020-08-03). "Herzlichen Glückwunsch Masahiro Sakurai zum 50. Geburtstag!". n-Switch-on.de (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-31. Dicapai pada 2020-08-31.
  8. ^ Nakamura, Toshi (January 29, 2015). "Smash Bros. Could be its Creator's Last Game". Kotaku. Diarkibkan daripada yang asal pada January 30, 2015. Dicapai pada January 30, 2015.
  9. ^ Makuch, Eddie. "Super Smash Bros. Wii U/3DS DLC Ending Soon Director Says". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2015. Dicapai pada December 14, 2015.
  10. ^ Phillips, Tom (March 8, 2018). "Super Smash Bros. announced for Nintendo Switch". Eurogamer. Diarkibkan daripada yang asal pada May 1, 2018. Dicapai pada May 1, 2018.
  11. ^ "Masahiro Sakurai - 5 Character Images | Behind The Voice Actors". behindthevoiceactors.com. Check mark indicates role has been confirmed using screenshots of closing credits and other reliable sources.CS1 maint: postscript (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]