Masakan Makassar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Coto Makassar

Masakan Makassar merupakan masakan orang Makassar dari Makassar di wilayah Sulawesi Selatan di Indonesia.

Hidangan[sunting | sunting sumber]

  • Coto makassar, rebusan yang diperbuat daripada campuran kacang, rempah ratus, dan bahagian badan terpilih yang mungkin termasuk otak lembu, lidah dan usus.
  • Pallubasa, hidangan yang serupa dengan coto Makassar, tetapi dengan tambahan kelapa.
  • Konro, hidangan tulang rusuk.
  • Burasa atau Ketupat, sejenis kuih pulut, biasanya dimakan bersama coto Makassar dan konro.
  • Ayam goreng sulawesi (ayam goreng Celebes); ayam tersebut diperap dengan resipi kicap tradisional sehingga 24 jam sebelum digoreng hingga berwarna keemasan. Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama air rebusan ayam, nasi dan sambal istimewa (sos cili).
  • Mie kering, sejenis mi kering yang dihidangkan dengan kuah pekat dan hirisan ayam, udang, cendawan, hati, dan sotong.
  • Ikan bolu bakar, panggang bandeng.
  • Sop saudara, sup daging lembu atau kerbau pedas.
  • Kapurung daripada palopo.

Manisan[sunting | sunting sumber]

  • Pisang epe (pisang ketuk), iaitu pisang yang diketuk, dibakar, dan ditutup dengan kuah gula melaka dan kadangkala dimakan bersama durian. Banyak peniaga kaki lima menjual pisang epe terutama di sekitar kawasan pantai Losari.
  • Pisang ijo (pisang hijau). Pisang yang disalut dengan tepung berwarna hijau, santan, dan sirap. Pisang Ijo kadangkala dihidangkan ais, dan sering dimakan sebagai jamuan berbuka puasa pada Ramadhan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]