Perut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Masalah kembung perut)
Lompat ke: pandu arah, cari
Perut
Stomach diagram.svg
The Perut terletak di tengah kiri badan manusia.
Illu stomach.jpg
1. Body of stomach 2. Fundus 3. Anterior wall 4. Greater curvature 5. Lesser curvature 6. Cardia 9. Pyloric sphincter 10. Pyloric antrum 11. Pyloric canal 12. Angular incisure 13. Gastric canal 14. Rugae[1]
Latin Ventriculus
Ruj. Gray subject #247 1161
Sistem Sistem penghadaman manusia
Arteri arteri gastrik kanan, arteri gastrik kiri, arteri omentum-gastrik kanan, arteri omentum-gastrik kiri, arteri gastrik pendek
Vena Urat gastrik kanan, urat gastrik kiri, urat gastroepiplun kanan, urat gastroepiplun kiri, urat gastroepiplun pendek
Saraf seliak ganglia ("Celiac ganglia"), saraf vagus[2]
Limfa nodus limfatik seliak[3]
Pelopor Usus depan ("Foregut")
MeSH Stomach
Dorlands/Elsevier Stomach
Lokasi perut {stomach) dalam badan
Anatomi perut

Perut merupakan bahagian berotot, berongga, boleh mengecut bagi saluran gastrousus yang berfungsi sebagai organ penghadaman penting. Perut terdapat pada manusia dan banyak haiwan lain, termasuk beberapa invertebrat. Dalam sistem penghadaman, perut terbabit dalam fasa kedua penghadaman, selepas mengunyah, yang bertujuan untuk mencerna bahan makanan supaya mudah dihadam dan diserap dalam badan.

Bagi manusia dan kebanyakan haiwan lain, perut terletak untuk diantara esofagus dan usus kecil. Ia merembeskan enzim pencernaan dan asid gastrik untuk membantu pencernaan makanan. Sfinkter pilorus mengawal laluan makanan separuh hadam (kim ("chyme")) dari perut ke dalam duodenum di mana peristalsis mengambil alih untuk menggerakkannya melalui usus berikutnya.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Bahagian perut manusia.

Bagi manusia, perut terletak antara esofagus dan duodenum (bahagian pertama usus kecil). Ia merupakan bahagian atas kiri rongga abdomen. Bahagian atas perut terletak diafram. Terletak dibelakang perut adalah pankreas. Dua lipatan besar peritoneum visera yang dipanggil omentum besar tergantung dari lengkungan besar pada perut. Dua sfinkter (injap) mengekalkan kandungan perut di dalam; sfinkter esofagus bawah (terdapat di bahagian kardiak), pada persimpangan antara esofagus dan perut, dan sfinkter pilorus pada persimpangan perut dengan duodenum.

Perut dikelilingi oleh parasimpatetik (perangsang) dan (perencat) bersimpati plexuses (rangkaian saluran darah dan saraf pada gastrik anterior, posterior, unggul dan rendah, seliak dan mienterik), yang mengawal selia kedua-dua aktiviti rembesan dan aktiviti motor (gerakan) otot.

Pada manusia dewasa, perut mempunyai isipadu ruang kosong, rehat kira-kira hampir 75 mililiter.[4] Disebabkan ia adalah satu organ yang dpt mengelembung, ia biasanya mengembang untuk menyimpan kira-kira satu liter makanan.[5] Perut bayi manusia yang baru lahir hanya akan dapat menyimpan kira-kira 30 mililiter.

Perut secara amnya merupakan persekitaran berasid dengan julat pH antara 1 dan 4 bergantung kepada makanan dan faktor-faktor lain. Pepsinogen dirembeskan oleh sel utama dan bertukar menjadi pepsin dengan kehadiran asid hidroklorik. Bahagian dalam perut boleh merembeskan sehingga 2 atau 3 liter lelehan gaster sehari.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Salur sfinkter kardium merupakan salur yang membenarkan bolus (hancur/ringkas) makanan ke dalam perut. Bolus makanan ini akan dicerna dengan tindakan enzim tertentu terhadap substrat tertentu di dalam perut selama 2-5 jam. Tabiat pemakanan yang kurang baik, boleh menyebabkan makanan kurang dicerna dengan baik.

Perut juga menjalankan tindakan peristalsis iaitu tindakan/gerakan beritma perut untuk menghacurkan, mencernakan, mengisarkan, dan mencampurkan bolus makanan dengan jus-jus, enzim, asid tertentu dan lain-lain yang dirembeskan. TIndakan peristalsis ini juga memudah makanan dicerna dan diserap(asimilasi) masuk dalam vilus dalam salur usus. Tujuan utama pencernaan dalam perut adalah untuk mencerna protein.

Peristalsis berlaku di sepanjang salur alimentari (salur pencernaan). Tindakan peristalsis ini membolehkan bolus makanan bergerak di sepanjang salur alimentari. Tindakan berlaku dengan tindakan pengecutan dan pengenduran otot-otot di salur pencernaan secara beritma (berirama).

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak sel-sel kelenjar gaster (atau gastrik) yang melapik atau bertaburan pada permukaan rongga dalam perut. Kelenjar gaster ini akan merembeskan jus gaster (secara lelehan).

Dinding perut[sunting | sunting sumber]

Dinding perut, bersifat mukosa. Dinding ini mempunyai tiga lapisan yang ketara iaitu:

  1. Lapisan yang paling hampir dengan rongga dalam perut iaitu lapisan mukosa.
    • Dalam lapisan ini terdapat kelenjar(salur) gastrik(gaster) yang yang digalasi(dikelilingi) oleh sel-sel epitelium turus dan lain-lain (sel-sel mukus, sel-sel oksintik, dan sel peptik).
    • Permukaan paling atas lapisan ini(dalam rongga perut), terdapat pit gastrik(gaster) yang berbentuk seperti lubang keluar untuk mengalirkan jus-jus gaster(gastrik) keluar.
  2. Lapisan yang berada dibawah lapisan mukosa iaitu lapisan muskularis mukosa.
    • Pada lapisan ini juga terdapat otot bulat.
  3. Lapisan yang paling luar iaitu lapisan submukosa.
    • Pada lapisan ini juga terdapat otot membujur.

Tindakan/pergerakan secara antagonis (berpasangan secara serentak) otot bulat dan otot membujur telah menyebabkan tindakan peristalsis.

Salur-salur yang menghubungkan perut[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 salur yang bersambung kepada perut iaitu:

  1. Salur sfinkter kardium - Salur ini menghubungkan perut dengan esofagus.
  2. Salur sfinkter pilorus - Salur ini menghubungkan perut dengan duodenum.

Cecair yang dirembeskan dalam perut[sunting | sunting sumber]

Jus gaster yang terdiri daripada:

  • Enzim pepsin - Pemangkin pencernaan protein.
  • Enzim renin - Pemangkin pencernaan lemak.
  • Mukus - Melindungi lapisan dalam rongga badan daripada terhakis oleh tindakan asid hidroklorik apabila tiada makanan dicerna.
  • Asid hidroklorik - HCl Asid kuat iaitu lebih kurang pH 2

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama latin "Ventriculus" dan "Gaster" menjadi asas kepada istilah perubatan iaitu "gastro-" dan "gastric" yang membawa maksud berkaitan perut. Gastrik dan gaster membawa maksud yang sama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kursus Sains Fajar Bakti (Penerbit Fajar Bakti) (008974-T) - 1999 - Biologi STPM Jilid 1 oleh Peter Chen terjemahan oleh Liew Shee Leong dan Lim Peng Lai - ISDN 967-65-0658-3
  • SASBADI (139288-X) - 2004 - Master Studi Sasbadi SPM Biologi Tingkatan 4 dan 5 oleh Mah Chee Wai, Dr.Tina Lim Swee Kim, dan Nazar Shaarani - ISDN 983-59-2090-7