Masih Yuna
"Masih Yuna" diterbitkan pada April tahun 2023, merupakan ‘buah tangan’ berbahasa Melayu pertama Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, selepas kali terakhir berbuat demikian lapan tahun lalu menerusi Material (2015). Kembali ke pangkal asalnya dalam lagu berbahasa Melayu, Yuna menulis musik dalam bahasa ibundanya iaitu Bahasa Melayu. [1]
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Masih Yuna yang terkandung empat buah lagu iaitu Menanti, Masih Sunyi, Asing dan Camaraderie mencetuskan beberapa pemahaman ikut logikal penulis.
Huraian Artist
[sunting | sunting sumber]Masih Sunyi terkandung kelaziman luar biasa yang ‘menikam’ tepat di halwa telinga pendengar.
Secara peribadi, itulah pilihan utama penulis daripada Masih Yuna yang diluncurkan buat tatapan dan pendengaran peminat pada 27 April lalu.
Trek ketiga, Asing mengingatkan penulis akan banyak perkara. Dari segi nukilan lirik, lagu berkenaan memberi peringatan bahawa tiada apa yang perlu diasingkan dalam kehidupan.
Haluan masing-masing, tapi pada akhirnya, kita akan bercantum dan bersama untuk mencipta percikan magis bersama. Baik dari segi kasih sayang ataupun urusan karier.
Trek keempat, Camaraderie pula memberi kelaziman yang barangkali pernah singgah ke halwa telinga peminat sebelum ini.
Kalau dengar introduksi Love On The Brain daripada Rihanna, itu juga kedengaran seperti apa yang dicernakan Yuna menerusi Camaraderie.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ ISA, MOHD HAIKAL (2023-05-13). "Masih Yuna yang dahulu". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-03-17.