Masjid Abidin
Masjid Abidin مسجد عابدين | |
---|---|
Fail:Masjid Abidin.jpg | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunni Islam |
Mula dibina | 1793 |
Siap dibina | (?) |
Dibuka pada | 1808 |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam |
|
Bilal | ??? |
Pengerusi | Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu[1] |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-11-KTR-00001 |
Maklumat geografi | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Daerah | ![]() |
Lokasi | Masjid Abidin (Masjid Putih), Kuala Terengganu, Terengganu |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
http://masjidabidin.org.my/ | |
sunting ![]() |
Masjid Abidin (Masjid Putih)[2] merupakan sebuah masjid yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu.[3]
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Masjid Abidin (Masjid Putih),
Kampung Masjid
Kuala Terengganu,
Terengganu
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Masjid Abidin atau dahulunya dikenali sebagai Masjid Putih atau Masjid Besar merupakan masjid DiRaja negeri Terengganu lama yang dibina oleh Sultan Zainal Abidin II antara 1793 dan 1808. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Abidin atau Masjid Besar, terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Makam DiRaja lama terletak berhampiran masjid ini.
Semasa pemerintahan Sultan Umar, masjid ini diganti dengan bangunan batu-bata. Tengku Panglima Besar kemudian meluaskannya dengan tiga tiang bulat dan tiga kubah. Masjid ini diubah suai lagi bagi memuatkan 2,500 jemaah dalam satu sesi solat.
Pada pintu masuk dan gril terdapat beberapa ukiran kaligraf ayat suci Al-Quran, doa dan arabesques.
Makam Diraja Masjid Abidin[sunting | sunting sumber]
Antara kerabat diraja yang dimakamkan di sini:
Kubur Sultan[sunting | sunting sumber]
- Sultan Zainal Abidin III
- Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
- Sultan Ali Shah
- Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Kubur Tengku Ampuan Besar/Permaisuri[sunting | sunting sumber]
Pentadbiran[sunting | sunting sumber]
Masjid Abidin (Masjid Putih) memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-11-KTR-00001.
Galeri[sunting | sunting sumber]
-
Gambar lama masjid pada bulan Jun 1961
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Carta Organisasi Masjid Abidin
- ^ Masjid Zainal Abidin Lebih dikenali sebagai Masjid Putih
- ^ "Masjid Abidin (Masjid Putih)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-09. Dicapai pada 2017-11-26. no-break space character in
|title=
at position 14 (bantuan)
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Masjid Abidin |