Masjid Agung Samarra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Agung Samarra
Samara spiralovity minaret rijen1973.jpg
Menara Masjid Agung Samarra
Lokasi Samarra, Iraq
Koordinat 34°12′21″N 43°52′47″E / 34.20583°N 43.87972°E / 34.20583; 43.87972Koordinat: 34°12′21″N 43°52′47″E / 34.20583°N 43.87972°E / 34.20583; 43.87972
Ditubuhkan 848
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Agung Samarra[1] ialah sebuah masjid abad ke-9 yang terletak di Samarra, Iraq. Pembinaan masjid ini dimulakan dalam tahun 848 M dan diselesai dalam tahun 851 oleh khalifah Abbasiyah, Al-Mutawakkil, yang memerintah di Samarra dari tahun 847 sehingga tahun 861.

Pada satu masa dahulu, Masjid Agung Samarra merupakan masjid terbesar di dunia: menaranya, Menara Malwiyah, ialah sebuah kon berpusar yang besar berukuran 52 meter tinggi dan 33 meter lebar, dengan dilengkapi tanjakan berpusar.[2] Pemerintahan al-Mutawakkil memberi impak besar tehadap kota Samarra, oleh sebab beliau meminati seni bina, dan seperti yang dinyatakan, beliaulah yang bertanggung jawab akan pembinaan Masjid Agung Samarra.[3] Dalam senarai projek-projek pembinaannya, disebut Masjid Jamek baharu ini serta 20 istana, yang menelan belanja sebanyak antara 258 dan 294 juta dirham. Masjid Jamek baharu, dengan menara berpusarnya, menjadi sebahagian daripada pelebaran kota ke arah timur, dan memanjang sehingga ke dalam kawasan taman pemburuan lama.[4]

Masjid mempunyai 17 lorong, dan dindingnya disalut dengan mozek kaca berwarna biru tua.

Seni dan seni bina masjid amat berpengaruh; ukiran stuko di dalam masjid berbentuk bunga dan geometri menggambarkan hiasan Islam awal. Tambahan, Masjid Ibn Tulun di Kaherah, Mesir menyerupai Masjid Agung Samarra dalam banyak perkara.[5]

Masjid termusnah dalam tahun 1278 M (656 H) selepas serangan Hulagu Khan terhadap Baghdad. Hanya dinding luar dan menaranya yang kekal kini.[6] "Great mosque, Samarra, was built during the caliphate of al-Mutawakkil. It is the largest mosque in the world. Built entirely of brick within a wall flanked with towers, it has a 55 m high minaret with a spiral ramp that recalls the ziggurats of Mesopotamia." Henri Stierlin. Comprende l'Architecture universelle 2. p347.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ in bahasa Arab: جامع سامراء الكبير‎ atau المسجد الجامع في سامراء atau مسجد سامراء الكبير
  2. ^ See Historic Mosques site.
  3. ^ Dennis, Sharp (1991). The Illustrated Encyclopedia of Architects and Architecture. New York: Whitney Library of Design. m/s. 204. 
  4. ^ D. Hoag., John. "Islamic Architecture". Electra/Rizzoli. 
  5. ^ Behrens-Abouseif, Doris. "Islamic architecture in Cairo: an introduction." American University in Cairo Press: 2005. 51-57
  6. ^ "مسجد سامرا ؛ برخوردار از مناره ای 53 متری و حلزونی شکل" (in Persian). Mehr News Agency. Retrieved 27 March 2012.
  7. ^ Henri, Stierlin (1977). Comprendre l'Architecture Universelle 2. Fribourg, Switzerland: Office du Livre. m/s. 347. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]