Masjid Al-Aqsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid al-Aqsa
مسجد الأقصی
Keluasan masjid Al-Aqsa
Maklumat am
Dibuka pada705 M
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
ImamMuhammad Ahmad Hussein
Maklumat geografi
NegaraPalestin
Koordinat31°46′34″N 35°14′09″E / 31.77617°N 35.23583°E / 31.77617; 35.23583Koordinat: 31°46′34″N 35°14′09″E / 31.77617°N 35.23583°E / 31.77617; 35.23583
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaIslam awal, Mamluk
Bil. menara4
Ketinggian menara37 meter (121 ka) (tertinggi)
Kapasiti jemaah5,000+ (dalam); 400,000 (luar)[1]
Panjang83 meter (272 ka)
Lebar56 meter (184 ka)
Bahan binaanBatu kapur (tembok luar, menara, muka), stalaktit (menara), timah (kubah), marmar putih (ruangan dalaman)
Lokasi
Ralat Lua pada baris 510 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Baitulmuqaddis Lama" tidak wujud.Lokasi Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى al-Masjid al-Aqṣā, IPA: [ʔælˈmæsdʒɪd ælˈʔɑqsˤɑ]  ( dengar), "Masjid Terjauh") atau juga dikenali sebagai Al-Aqsa merupakan salah satu tempat suci agama Islam yang menjadi sebahagian daripada kompleks bangunan keagamaan di Kota Lama Baitulmuqaddis (Baitulmuqaddis Timur). Kompleks bangunan tersebut (bersama dengan bangunan Kubah Al-Sakhrah) dikenali oleh umat Islam sebagai Al-Haram Al-Quds Al-Syarif atau "tanah suci yang mulia"[2] dan oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai Kuil Suci, yang dipercayai di mana Kuli Pertama dan Kuil Kedua pernah terletak.[3][4]

Menurut kepercayaan para Muslim, Nabi Muhammad dibawa dari Masjid al-Haram di Makkah ke masjid ini sebelum diangkat ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha) dalam peristiwa Israk Mikraj. Kitab-kitab hadis menjelaskan bahawa Muhammad mengajarkan umatnya untuk menghadap kiblat ke Masjid al-Aqsa ketika bersembahyang selama 17 bulan selepas penghijrahan. Setelah, wahyu diturunkan (Surah al-Baqarah ayat 148), kiblat tersebut dihadapkan ke Masjid al-Haram sehinggalah sekarang.[5][6]Pengertian Masjid Al-Aqsa pada peristiwa Israk dan Mikraj dalam Al-Quran (Surah Al-Israk ayat 1) meliputi seluruh kawasan Al-Haram Al-Quds Al-Syarif.

Hari ini, Kota Lama di Baitulmuqaddis adalah di bawah penguasaan Israel, tetapi masjid kekal di bawah pentadbiran Waqaf Islam Jordan/Palestin yang dipimpin.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Nama "Masjid al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj, satu periwayatan Muslim tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang berlangsung pada tahun 621 M. Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad melakukan perjalanan dengan menaiki Buraq dari Masjidil Haram (di Makkah, selatan Arab Saudi) sehingga ke "masjid yang paling jauh" iaitu Masjid al-Aqsa, dan dari satu batu di sana, Baginda menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Kubah Al-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malik menyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini dikenali sebagai Jamik Al-Qibli yang harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Al-Aqsa Mosque, Jerusalem". Atlas Travel and Tourist Agency. Dicapai pada 29 Jun 2008.
  2. ^ Schieck, Robert (2008) in Geographical Dimension of Islamic Jerusalem, Cambridge Scholars Publishing; lihat juga Omar, Abdallah (2009) al-Madkhal li-dirasat al-Masjid al-Aqsa al-Mubarak, Beirut: Dar al-Kotob al-Ilmiyaah; also by the same author the Atlas of Al-Aqsa Mosque (2010)
  3. ^ Barton, George (1901–1906). "Temple of Solomon". Ensiklopedia Yahudi. Dicapai pada 29 Jun 2008.
  4. ^ Milstein, Mati (23 Oktober 2007). "Solomon's Temple Artifacts Found by Muslim Workers". National Geographic. Dicapai pada 29 Jun 2008.
  5. ^ "Al Baqara". Tanzil.net. Dicapai pada 10 Disember 2013.
  6. ^ Tabatabae, Sayyid Mohammad Hosayn. [[Tafsir al-Mizan|AL-MIZAN:AN EXEGESIS OF THE QUR'AN]], terjemahan oleh S. Saeed Rizvi. WOFIS. ISBN 9646521142. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2007. Dicapai pada 10 Disember 2013. URL–wikilink conflict (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]