Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Al-Furqan
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Dibuka pada1978
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHaji Abd Rahman B Abdul Mutalib 2017 (Imam Besar)
Mohamed Sam B Sharip 2017 (Timb. Imam Besar)
Mohamed Amran B Ngah Abdul Ghani 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-08-IPH-00162
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahIpoh
LokasiMasjid Al-Furqan,
Taman Pengkalan Jaya (SPPK)
31650 Ipoh,
Perak
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Al-Furqan

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Al-Furqan merupakan sebuah masjid yang terletak di Taman Pengkalan Jaya (SPPK) 31650 Ipoh, Perak.[1] Masjid Al-Furqan memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-08-IPH-00162.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum masjid yang terkini, terdapat masjid yang asal yang telah dibina pada 1978. Sungguhpun begitu, masjid asal telah dipindahkan ke tapak terkini dan masjid asal pula dirobohkan; tapak masjid asal telah dijadikan tapak bagi sebuah sekolah agama, Sekolah Agama Rakyat Alhusna.

Masjid terkini dilancarkan secara rasmi pada malam 9 Jun 2011 (7 Rejab 1432). Pada malam tersebut, bacaan Yasin dan Tahlil telah diadakan. Majlis bacaan di ketuai oleh Ustaz Amran. Pengerusi Masjid yang baru ialah Ustaz Abd. Rahman menggantikan Ustaz Ismail.

Pada Julai 2021, masjid ini mendapat perhatian apabila terkena suatu insiden vandalisme; dinding luar masjid diconteng dengan cat merah, dan terdiri daripada tulisan tidak puas hati atas dakwaan audio pembesar suara masjid yang dikatakan terlalu kuat.[2] Menurut pihak terlibat, pihak masjid pernah menerima surat-surat aduan berkenaan isu tersebut sebelum ini.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Masjid Al-Furqan[pautan mati kekal]
  2. ^ "Polis siasat tembok masjid diconteng cat merah". Berita Harian. 14 Julai 2021. Dicapai pada 18 Julai 2021.
  3. ^ Sufian Suri, Muhammad Zulsyamini (15 Julai 2021). "Masjid pernah terima tiga nota perlahankan pembesar suara". Harian Metro. Dicapai pada 18 Julai 2021.