Masjid Al-Hakim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Al-Hakim
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamNanyan B Taib 2017 (Imam Besar)
Ibrahim B Zakaria 2017 (Timb. Imam Besar)
Idris B Ahmad 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-09-PB-00006
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerlis
LokasiMasjid Al-Hakim, Km. 12
Jalan Kaki Bukit
02400 Beseri
Perlis
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Al-Hakim

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Al-Hakim merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 12 Jalan Kaki Bukit 02400 Beseri Perlis.[1]

Masjid Padang Malau terletak di Km 12 (Batu 7 3/4), Jalan Kaki Bukit, Beseri, Perlis.

Masjid ini telah dirasmikan sekitar tahun 1968 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Hj Abdul Razak bin Hussain. Sebelum ini ditapak yang sama terdapat sebuah masjid lama yang diperbuat daripada kayu dan telah diruntuhkan kerana memberi laluan keatas pembinaan bangunan masjid yang ada sekarang. Mimbar masjid lama yang dibuat daripada kayu dan diukir dengan seni ketukangan kayu halus serta dipasang tanpa menggunakan paku.

Walau bagaimana pun semasa masjid lama hendak dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid baru, mimbar tersebut dipindahkan ke surau Kampong Semadong (Batu 9), iaitu ditempat masjid Jamek Beseri, Km 13 sekarang. Mimbar tersebut sehingga kini tidak dibawa balik ke Masjid Padang Malau.


Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Al-Hakim,
Km. 12
Jalan Kaki Bukit
02400 Beseri
Perlis

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Al-Hakim digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Imam 1 yang bertugas di Masjid Al-Hakim adalah Nanyan B Taib. Masjid Al-Hakim memiliki No Daftar: MY-09-PB-00006.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Al-Hakim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-23. Dicapai pada 2018-09-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]