Masjid Al-Islamiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Al-Islamiah
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
ImamMuhamad Syahir Bin Muhamad Nazeri (Imam Besar)
Muhammad Faqih Bin Ramli (Timb. Imam Besar)
Wan Adam Bin Yaacob
BilalAkhiar Bin Dahalan
Abu Mazlan Bin Mohd Ariffin
Mohd Shafawi Bin Silan
PengerusiHakiminhafiz Bin Husain
Dimiliki olehJabatan Agama Islam Selangor
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahDaerah Petaling
LokasiJalan PJS 6/4, Kampung Lindungan, 46000 Petaling Jaya Selangor
Koordinat3°4′33″N 101°37′1.7″E / 3.07583°N 101.617139°E / 3.07583; 101.617139Koordinat: 3°4′33″N 101°37′1.7″E / 3.07583°N 101.617139°E / 3.07583; 101.617139
Maklumat pembinaan
Gaya seni binaNusantara
Bil. kubah1
Bil. menara1
Ketinggian menara30 meter
KontraktorRestu Sempadan Sdn Bhd
Bahan binaanKonkrit
KosRM5,483,304.10
Laman sesawang
masjidalislamiah@yahoo.com

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Al-Islamiah merupakan sebuah Masjid Qariah yang terletak dalam daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.

SEJARAH PEMBINAAN[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1986, sejarah penubuhan bermula dari pembinaan sebuah surau yang bernama Surau Al Islamiah, Kampung Lindungan di sebidang tanah bertempat di Jalan PJS 6/4D, Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Kos pembinaan adalah sebanyak RM100,000.00 yang di peruntukan dan dapat menampung jumlah jemaah seramai 600 orang pada satu-satu masa. Struktur bangunan surau diperbuat daripada kayu dan berlantaikan simen. Keluasan bangunan surau tersebut adalah bersaiz 30m x 30m sahaja. Pengerusi penaja yang pertama ialah Ustaz Hassan bin Harun dan dibantu oleh Tuan Haji Hamid bin Udin selaku setiausaha. Oleh kerana kehadiran jemaah semakin bertambah, maka pada tahun 1998, kerja penambahan struktur bangunan dan kawasan surau dapat diadakan setelah mendapat sumbangan sebanyak RM40,000.00 dari seorang ahli jemaah iaitu Dato' Seri Azhar bin Othman dari Bandar Sunway. Sumbangan ini diperolehi atas usaha dan inisiatif Tuan Haji Khairi bin Shamsuddin iaitu salah seorang AJK Penaja.

Pada tahun 1991, pihak pengurusan surau telah membuat permohonan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk menaiktaraf surau Al-Islamiah ke taraf masjid memandang penduduk Kampung Lindungan dan persekitarannya tidak mempunyai masjid untuk bersolat Jumaat. Permohonan ini diluluskan oleh pihak JAIS dan Surau Al Islamiah Kampung Lindungan di tukar nama sebagai Masjid Al Islamiah, Kampung Lindungan.

Setelah berfungsi sebagai masjid, pihak JAIS memastikan Jawatankuasa masjid perlu diadakan. Pihak masjid telah menghantar senarai nama cadangan Ahli Jawatankuasa ke pihak JAIS. Persetujuan telah dibuat oleh JAIS dengan melantik Tuan Haji Hassan Bin Mohd Salleh selaku Nazir yang pertama. En Daud bin Yahya sebagai imam 1 dan Tuan Haji Mat Seh bin Husin sebagai imam 2 merangkap Penolong Pendaftar Nikah.

Memandangkan penambahan jemaah semakin ramai, penambahan struktur di sekeliling masjid dibuat dari masa ke semasa melalui sumbangan jemaah dan orang ramai beserta Wakil Rakyat.

Setelah masjid ini tidak dapat menampung lagi bilangan jemaah yang semakin padat, maka pihak pengurusan mencadangkan agar satu masjid yang baharu mesti di bina di kawasan Kampung Lindungan. Maka dengan itu, pada 30.12.2004 mesyuarat agung tahunan diadakan dan keputusan mesyuarat telah bersetuju seperti dicadangkan. Cadangan tapak masjid baharu ialah di Lot 1186, iaitu tanah kosong milik Kementerian Pelajaran Malaysia seluas 7.35 ekar di tepi jalan utama iaitu Jalan PJS 6/4 Kampung Lindungan, Kawasan ini pada mulanya dicadang untuk pembinaan sekolah rendah tetapi telah ditukar ke kawasan lain.

MASJID AL-ISLAMIAH[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Julai 2005, permohonan rasmi bersurat telah dihantar kepada JAIS. Kelulusan tanah tersebut diperolehi sebagai tanah warta Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2007. Setahun selepas itu iaitu pada awal tahun 2008 majlis pecah tanah telah di sempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YAB. Dato' Seri Mohd Khir bin Toyo dengan kos yang diluluskan sebanyak RM6 juta. Setelah pertukaran pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, peruntukan kos pembinaan masjid baharu Kampung Lindungan telah dikurangkan menjadi sebanyak RM5.4 juta. Pada 7 April 2010 kerja-kerja pembinaan masjid telah bermula dan telah siap sepenuhnya pada pertengahan bulan Mei 2012.

Pembinaan masjid telah disiapkan dan seterusnya pihak Pengurusan Masjid telah membuat permohonan kebenaran mengunakan bangunan baharu ini kepada JAIS dan JKR untuk mengunakan masjid baharu ini. Akhirnya, bermula pada 20 Julai 2012 bersamaan pada malam 1 Ramadhan 1433 masjid telah dapat digunakan, memandangkan peningkatan jumlah jemaah semakin bertambah di bulan Ramadhan.

Setelah berpindah ke masjid baharu, masjid ini dapat menampung peningkatan jemaah dari kawasan sekitar Kampung Lindungan, Desa Mentari, Desaria, Bandar Sunway dan sebagainya.

Banyak aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid telah dapat dijalankan dan ditingkatkan mengikut kemampuan dari masa ke semasa selain daripada keutamaan pada solat 5 waktu.


Senarai Nazir Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan:

  1. Tuan Hj Hassan Bin Mohd Salleh PJK (1991-2006)
  2. En. Yahya Bin Abdul Rahman (2006-2009)
  3. Ustaz Zulkifli Bin Mohamad (2009-2018)
  4. Ustaz Hakiminhafiz Bin Husain (2019-Sekarang)


Pautan luar[sunting | sunting sumber]