Masjid Al-Khalidiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Al-Khalidiah terletak di Kampung Permatang Pasir, Tikam Batu, Sungai Petani,Kedah, utara Semenanjung Malaysia. Masjid baru ini dibina di atas masjid lama yang dirobohkan. Masjid ini bernilai RM 2 juta .

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Februari 2010, Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berangkat merasmikan masjid baru ini. Pembinaan bermula pada 1 Disember 2009 dan siap pada Ogos 2010. Bangunan utama masjid boleh memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa.

Pembinaan masjid ini dibiayai oleh penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza binti Tarudin dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Yayasan Nurjiwa. Suaminya berasal dari kampung ini. Yayasan ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan dan bagi melaksanakan program pembangunan agama. Nama masjid itu dicadangkan oleh seorang sheikh dari Mekah yang ditemuinya di Madinah dan nama itu turut dicadangkan oleh Imam Masjid Kampung Permatang Pasir. Ia nama salah satu syurga.Kebetulan pula nama tu seperti namanya. Tarikh perasmian iaitu 19 Februari adalah tarikh lahir Datuk Khalid.

Masjid ini dikatakan dibina pada 1896 dan dibina semula pada 1926 secara gotong royong.Pada 1985, 1997 dan 2005, kerja-kerja naik taraf masjid dijalankan untuk keselesaan jemaah.Pada 2009 pembinaan masjid baru di atas tapak sedia ada dilaksanakan. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]