Masjid Al Fadlikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Al Fadlikh juga dikenali sebagai Masjid Bani Nadhir, pada asalnya ialah sebuah masjid di Madinah. Masjid ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat Baginda untuk menunaikan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Namun pada suatu masa sewaktu Nabi Muhammad menunaikan solat berjemaah di dalamnya, masjid ini telah dikepung oleh musuh Islam yakni dari puak Banu Nadhir yang berbangsa Yahudi sehinggalah mereka (Banu Nadhir) itu diperintahkan untuk diusir keluar dari Madinah oleh bala tentera Muslim yang lain.

Dalam waktu yang sama, di masjid inilah diriwayatkan bahawa arahan Allah untuk melarang penggunaan arak (khamr). Arahan ini dijalankan serta merta sehinggakan kaum Arab Muslim yang meminum arak pada waktu itu segera memuntahkan arak yang mereka minum dan menghancurkan segala bahan membuat dan stok lebihan arak yang mereka ada pada waktu itu.

Al Fadlikh diriwayatkan membawa kepada pengertian "minuman yang dibuat daripada buah kurma yang belum dimasak" yakni buah kurma yang belum masak di Hijaz pada waktu itu pada kebiasaannya digunakan untuk membuat arak sehingga larangan penggunaannya diharamkan sepenuhnya dalam Islam.