Masjid Alaeddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

'Masjid Alaeddin atau 'Masjid Sultan Alauddin' atau 'Masjid Bandar' terletak di Kampung Bandar, Jugra, Kuala Langat, Selangor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan Sungai Langat dan Kampung Pasir Jugra .

Masjid ini telah dibuka oleh Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke-5 pada 1905 iaitu bersamaan dengan pembinaan Istana Bandar /Istana Alaeddin. Semasa hayat baginda, Sultan Alaeddin telah menggunakan masjid ini untuk menunaikan sembahyang Jumaat.

Dari segi reka bentuk, masjid ini dikatakan telah menerima pengaruh seni bina kerajaan Deli di Medan, Sumatera Utara. Masjid Alaeddin telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba Bilangan 168/1976 pada 24 Julai 1980. Ia juga didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada 2008 oleh Jabatan Warisan Negara. Perkara ini disahkan oleh Pesuruhjaya Warisan, Dato Profesor Emeritus Zuraina Majid.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]