Masjid Bandar Seri Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Bandar Seri Putra
Maklumat am
Dibuka pada10 Ramadhan 1437 Hijriah
15 Jun 2016 Masihi
StatusAktif
Tempoh pembinaanMac 2013 - Okt 2014
Maklumat pentadbiran
ImamUstaz Najmi Bin Yahya (Imam Besar)
Ustaz Ahmad Fahmi Bin Mohamad (Timb. Imam Besar)
BilalHj Mohd Ali Bin Abdullah
Ustaz Dzikree Bin Mohd Noor
Maklumat geografi
LokasiJalan Seri Putra 2/1
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat1.5
Bil. menara2
Kapasiti jemaah4,000 jemaah
Keluasan3.6 ekar
Bahan binaanKonkrit, Besi dan Aluminium
KosRM 9.4 juta
Laman sesawang
www.bspmasjid.com.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Bandar Seri Putra merupakan sebuah masjid kariah yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Dibina di atas tapak berkeluasan 3.9 hektar yang telah disediakan oleh pihak pemaju Bandar Seri Putra.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Berikutan pertambahan pesat penduduk yang majoritinya beragama Islam, maka tumpuan untuk memiliki masjid khusus untuk warga sekitar adalah amat mendesak dan perlu disegerakan.

Sehubungan dengan itu, seluruh warga Bandar Seri Putra telah mengembling tenaga dan usaha untuk memulakan pembinaan sebuah masjid bagi keperluan warga sekitar dan tidak terus bergantung kepada Masjid al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Pembinaanya adalah inisiatif seluruh warga Bandar Seri Putra yang telah membentuk satu AJK atas nama Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra. [1]

Perasmian[sunting | sunting sumber]

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan merasmikan Masjid Bandar Seri Putra pada hari Rabu 15 Jun 2016 Masihi bersamaan 10 Ramadhan 1437 Hijriah.

Diwakili anakandanya, DYTM Raja Muda, Tengku Amir Shah, Masjid Bandar Seri Putra telah dirasmikan dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat dan sumbangan Aildifitri di perkarangan masjid.

DYTM Raja Muda dengan diiringi YAB Dato' Menteri Besar Selangor beserta tetamu kehormat yang lain kemudiannya bersama-sama ribuan yang hadir menunaikan solat maghrib, isya' dan terawih berjemaah sebelum berangkat pulang.[2]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pembinaan Masjid Al-Mustaqim di Bandar Seri Putra Bangi masih perlu sumbangan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-15. Dicapai pada 2016-06-23.
  2. ^ Masjid Bandar Seri Putra dirasmi, penuhi keperluan masyarakat setempat[pautan mati kekal] Selangor Kini, Hafizan Taib Jun 16, 2016