Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
مسجد بانداراي کوتا کينابالو
Masjid Bandaraya (MBR)
Maklumat am
Cabang/mazhabShafi'e
Dibuka pada18 Februari 2000
StatusMasjid daerah
Maklumat pentadbiran
ImamHaji Hafiz Bin Datuk Dr Haji Hamzah (Imam Besar)
Mohd Zamzurhadi Zakaria (Timb. Imam Besar)
Mokhtar Bin Monib
Muhammad Zaki Abdul Wahid
Haji Abdul Sani Bin Hassan
BilalHaji Mohd Idrus Ahmad
Haji Amli Bin Deaudin
Haji Edinin Bin Mujib
PengerusiDatuk Haji Jamal Tun Haji Sakaran
Dimiliki olehKerajaan Negeri (JHEAINS)
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
LokasiLikas, Kota Kinabalu, Sabah
Koordinat5°59′44.6″N 116°06′27.8″E / 5.995722°N 116.107722°E / 5.995722; 116.107722Koordinat: 5°59′44.6″N 116°06′27.8″E / 5.995722°N 116.107722°E / 5.995722; 116.107722
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat1 1/2 tingkat
Bil. menara4
Kapasiti jemaah12 ribu jemaah
Keluasan14.83 ekar
KosRM 34 juta
Laman sesawang
http://www.mbr.sabah.org.my

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (Jawi: مسجد بانداراي کوتا کينابالو) ialah masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya. Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan hampir 70 peratus kawasan masjid dikelilingi air.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suasana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada waktu malam

Yang di-Pertua Negeri Sabah yang ke-7 iaitu Tun Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Said Keruak telah menggagaskan pembinaan sebuah masjid di atas tapak sekarang. Tapak tersebut pada asalnya ialah sebuah pantai dan pesisir air air laut Kampung Likas.

Pada Julai 1989, kawasan tersebut telah mula ditimbus lalu siap pada bulan Ogos tahun yang sama. Pada September 1990 pula, kerja-kerja penyediaan tapak masjid tersebut telah dimulakan lalu siap pada bulan Jun 1991. Cerucuk masjid tersebut mula ditanam pada 22 Jun 1992 sebelum siap pada 23 Mac 1993. Masalah kewangan telah membantut pembinaan masjid sehingga tahun 1994. Kos pembinaan masjid ini adalah sebanyak RM 34 juta.

Pada tanggal 18 Februari 2000, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-8 telah merasmikan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai lima (5) buah sekolah dgn lebih 700 orang murid yg beroperasi dari Isnin hingga Sabtu yg diurus oleh AJK Masjid Bandaraya Kota Kinabalu :

1) Tadika AL- Quran AL-Mubarak (2012)
2) Madrasah AL-Mubarak (Sekolah Rendah Agama) (2003)
3) Madrasah Tahfiz AL-Quran AL-Mubarak (2013)
4) Akademi QurAnis AL-Mubarak (2016) khas untuk anak2 Oku dan istemewa belajar AL-Quran dan ibadah
5) Speech Therapy Center (Therapy Tree) (2018) khasnya untuk anak-anak yang menghadapi lambat                                                          bercakap.

Selain itu, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu juga Menyediakan Pusat Tuysen MBR untuk Subjek Mathematik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa English dan lain-lain untuk murid-murid sekolah dan kelas-kelas agama dan Bahasa Arab, kursus dan seminar untuk para jemaah dan umat Islam yang ingin menuntut ilmu.

Madrasah Al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu[sunting | sunting sumber]

Madrasah AL-Mubarak (Sekolah Rendah Agama) ditubuhkan pada tahun 2003. MBR telah membuat kajian dan melihat bahawa pada masa itu hanya terdapat dua (2) buah sekolah agama sahaja di Likas Kota Kinabalu sedangkan Sekolah Kebangsaan lebih dari sepuluh (10). Maka pihak ajk MBR menyedari bahawa ramai anak-anak Islam tidak mendapat pendidikan agama secara formal kerana ketiadaan sekolah agama yang mencukupi. Oleh itu, pihak AJK MBR mengambil inisiatif dengan memulakan sebuah kelas pertama Darjah satu (1) dengan sembilan (9) orang murid, 1 Pengetua, 2 guru/kerani pada 5hb Januari 2003. Madrasah AL-Mubarak mengunakan dua sistem pembelajaran agama ia itu peringkat negeri sistem peperiksaan SRU dibawah JHEAINS dan peringkat kebangsaan UPKK di bawah JAKIM yang bekerjasama dengan MBR melalui menempatkan ramai guru KAFA berkhidmat di madrasah ini.

Akedemi QurANIS Al-Mubarak Masjid Bandaraya Kota Kinabalu[sunting | sunting sumber]

Akedemi QurAnis Al-Mubarak AQM merupakan pusat Pengajian Al-Quran dan Tahsin ibadah yang pertama di Negeri Sabah dan juga yang pertama di Malaysia sebagai pusat pengajian Al-Quran untuk golongan orang kelainan upaya OKU beroperasi di masjid.

Akedemi Quranis Al-Mubarak AQM mula beroperasi pada 19.09.2016 dan dirasmikan pada 02.10.2016 oleh YB datuk Jainab binti DSP Hj. Ahmad Ayid Menteri Pembangunan masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Bersempena Karnival Hijah Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 2016. Pada ketika itu seramai 6 murid telah didaftarkan sebagai pelajar AQM yang terdiri murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh dua orang guru sukarelawan iaitu Cik Nurul Azmina binti Yatau dan Cik Suriati binti Rudin sementara pengurus Akedemi adalah Tuan Haji Ahmad Sabari bin Kamari mantan Ketua Sektor - Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Akedemi QurAnis Al-Mubarak AQM adalah cetusan Idea YBhg Datuk Haji Ab Jamal bin Tun DSP Hj. (DR) Sakaran pengerusi Masjid Bandaraya kota Kinabalu hasil dari menghadiri Seminar Quranis pada 23 & 24 Julai 2016 anjuran Yayasan FAQEH dengan kerjasama USIM.

Akedemi berkonsepkan pusat khidmat komuniti dengan menggunakan kurikulum DINI QurANIS yang dibangunkan oleh Yayasan FAQEH yang mana pencapaian pembelajar berdasarkan keupayaan deria yang dimiliki oleh murid masing - masing.

Pusat Komuniti OKU Sabah[sunting | sunting sumber]

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menjadi masjid pertama di Malaysia yang menpunyai Pusat Komuniti OKU didalam masjid. Ianya merupakan sebagai hab Penyaluran maklumat antara mana-mana agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dengan pihak penerima perkhidmatan iaitu Warga Orang Kurang Upaya.

Khidmat Kebajikan & Sosial[sunting | sunting sumber]

Berbagai aktiviti kebajikan yang telah dilaksanakan oleh MBR untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik. Diantara programnya adalah Ziarah Bulanan Fakir Miskin, Sedekah Minggu Jumaat, Free Market, Shopping Baju Raya Anak Yatim, Majlis Penyampaian Sedekah Jariah AL-Mubarak & Program COTI Syukbah Hal Ehwal Wanita MBR .

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

2003 : ANUGERAH MASJID CEMERLANG NEGERI SABAH

2008 : ANUGERAH MASJID HADHARI KE 2 NEGARA

2011 : JOHAN MASJID INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN

2013 : JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2013 : IMAM AFIZAN BIN WANGKEE IMAM BESAR MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU

2015 : JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2015 : IMAM AFIZAN BIN WANGKEE IMAM BESAR MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU

2015 : SERAMAI 53 MURID MADRASAH AL-MUBARAK MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU MENCAPAI 8A UPKK

2015 : MURID MADRASAH AL-MUBARAK MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU MENJADI JOHAN PERINGKAT NEGERI SABAH KATEGORI TILAWAH AL-QURAN, SYARAHAN BAHASA ARAB DAN NASYID

2015 : MURID MADRASAH AL-MUBARAK MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SYARAHAN BAHASA ARAB DAN SAGUHATI KATEGORI TILAWAH AL-QURAN DAN NASYID.

2017 : SERAMAI 31 MURID MADRASAH AL-MUBARAK MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU MENCAPAI 8A UPKK

2017 : JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2017 : BILAL MUHAMMAD FIQRY MUHAMMAD FAHMI BILAL MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU

2018 : NAIB JOHAN PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2018 UNTUK TAHAP 1- 20 JUZ : MUHD FIRDAUS DARI MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN AL-MUBARAK MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU

2020 : JOHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2020 : BILAL MUHAMMAD FIQRY MUHAMMAD FAHMI BILAL MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Majalah[sunting | sunting sumber]

  • "Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah". Suara Masjid. No. 59. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Oktober 2008. m/s. 7. ISSN 1511-9149. OCLC 850830149. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-20. Dicapai pada 21 April 2018.