Masjid Bani Unaif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Bani Unaif (juga dikenali sebagai 'Masjid Bani Anif' terletak di barat daya Masjid Quba di Al Madinah, Arab Saudi. Telah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah menunaikan solat di tempat ini iaitu ketika Baginda didatangi oleh Talhah AlBarra untuk mempelajari ilmu Islami. Berikutan peristiwa itu, Bani Arab Anif telah membangunkan sebuah masjid di situ.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Buku Sejarah Madinah AlMunawwarah Bergambar, m/s 55 cetakan pertama 2005, nukilan Dr Muhammad Ilyas Abdul Ghani = ISBN 9960-49-447-0
  2. Syajarah Fil Madinah.