Masjid Batu Uban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Batu Uban merupakan sebuah masjid di daerah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.

Masjid Batu Uban telah diasaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saleh yang digelar Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734. Nama sebenar beliau ialah Maharaja Nan Intan Ibni Al-Marhum Tengku Patih Nan Sebatang. Beliau berhijrah dari Minangkabau. Nakhoda Nan Intan berasal dari Kampung Buadi, Paya Kumboh, Pagar Ruyung, Sumatera. Nakhoda Nan Intan diketahui telah datang ke Pulau Pinang bersama tiga buah bahtera. Nakhoda Nan Intan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil). Ketiga-tiga nakhoda tersebut mempunyai talian persaudaraan.

Dari segi rekabentuk masjid, Masjid Batu Uban merupakan masjid yang terletak berhampiran dengan laut. Terdapat tembok berbentuk segi empat menyerong yang dibina di tepi masjid dan disebelah tembok pula terdapat pohon Asam Jawa. Di bahagian tengah tembok, terdapat satu telaga yang di gunakan untuk para jemaah mengambil wuduk. Asal-usul telaga ini adalah disebabkan Haji Mohammad Saleh (Nakhoda Nan Intan) ingin mencari air. Beliau kemudiannya telah menggali lubang ditepi pantai dan mendapati air yang keluar dari lubang itu jernih. Dikatakan telaga ini mempunyai keistimewaan kerana airnya tawar dan jernih walaupun terletak di tepi laut. Walaupun ombak merempuh tembok tersebut, namun tembok itu masih kukuh. Akibat daripada itu, beliau mahu tinggal di kawasan tersebut. Beliau bersama anak kapalnya telah menebang pokok di Pulau Jerjak untuk membina masjid dan seterusnya membina penempatan di situ.

Di bahagian tengah masjid terdapat empat tiang utama yang dikatakan adalah dari pohon cendana. Oleh yang demikian, beliau merupakan orang pertama yang membuka Pulau Pinang dan bukannya Francis Light yang di katakan membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Jeti kayu yang di bina berhampiran menjadi tempat persinggahan kepada pedagang-pedagang, pengembara dan mubaligh Islam yang datang dari India, Pakistan dan Timur Tengah pada ketika itu. Pedagang-pedagang dan mubaligh Islam mengambil kesempatan untuk berniaga dan berdakwah di situ. Di atas masjid iaitu bersebelahan masjid, terdapat tanah perkuburan iaitu kubur Sheikh Ahmad dan keturunannya. Di sekitar kawasan telaga itu juga dijadikan tempat untuk bercukur. Terdapat kolam berhampiran masjid tersebut, namun setelah pembinaan semula masjid , kolam tersebut terletak di bawah masjid. (rujuk lampiran)

Pantai terletak jauh sedikit dari daratan dan dalam laut terdapat tiang-tiang. Disebelah tiang pula terdapat tiga biji batu. Batu itu berwarna putih dan menjadi tempat buaya berjemur. Kemungkinan dari situ Batu Uban mendapat nama. Dari sumber lain pula, mengatakan Batu Uban dahulunya dikenali sebagai Oban, Ooban dan Batu Oban yang mengambil nama sempena sebuah batu besar yang menyerupai kepala manusia yang penuh beruban dan terletak di tengah laut antara masjid dan Pulau Jerjak. Namun, kini batu itu tidak kelihatan lagi kerana di tambak untuk pembangunan. Apa yang sangat-sangat di kesalkan adalah akibat sikap pemaju dan kerajaan, proses pengubahsuaian hampir 80% daripada strukutr asal masjid. Jika ada, kawasan tersebut sudah di kecilkan.

[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Sohaimi Abdul Aziz (ed). (2007) Dari Tanjung Penaga ke George Town : Membongkar Sejarah Pulau Pinang : Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan


  • Cikgu Lizah (ed). (31 Ogos 2008)

Berkampung berteratakan sayang

Sejarah Masjid Batu Uban.
Orang pertama membuka Pulau Pinang.

https://www.blogger.com/profile/12676363728908119341