Masjid Besar Kazimar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Masjid Besar Kazimar, Madurai
Maqbara Madurai yang terletak di dalam masjid

Kazimar Periya Pallivasal atau Masjid Besar Kazimar ialah sebuah masjid terkenal yang terletak di jantung bandar Madurai, dalam lingkungan 500m perhentian bas Periyar dan dalam lingkungan 1km tenggara Simpang Madurai[1] dan 800m barat daya Kuil Meenakshi. Qadi Tajuddin, seorang keturunan Nabi Muhammad yang datang dari Oman semasa kurun ke-13, menerima tanah ini daripada raja Pandiya, Kulasekara Ku(n) Pandiyan,[2] dan membina masjid itu yang merupakan rumah ibadat Muslim yang pertama di Madurai.[3][4] Masjid itu mampu menampung sekitar 2500 orang jemaah.

Maqbara[sunting | sunting sumber]

Maqbara Madurai, dargah para syeikh Madurai (Syeikh Meer Ahmad Ibrahim, Syeikh Meer Amjad Ibrahim dan Syeikh Syed Abdus Salaam Ibrahim Rahmatullahi Alaihim - Keturunan Nabi Muhammad) juga terletak di dalam premis masjid.[5] Hampir kesemua keturunan Qadi Tajuddin (dipanggil huqdar masjid) tinggal di kawasan yang sama (Lorong Kazimar) selama lebih daripada 700 tahun, dan menguruskan masjid itu sedari itu. Qadi Tajuddin dilantik sebagai qadi, dan keturunan beliau yang tinggal di Jalan Kazimar masih dilantik sebagai qadi kerajaan Tamil Nadu. Kesemua mereka berfahaman Sunni bermazhab Hanafi dan kebanyakan keturunan Qadi Tajuddin adalah pengikut tarekat Shazili yang mengamalkan ajaran tarekat Fassiyatush Shadhiliya.

Madrasah[sunting | sunting sumber]

Madrasah Arabiah Qadi Tajuddin terletak di dalam kampus masjid yang menjadi tempat 120 pelajar mempelajari asas-asas bahasa Arab. Moulavi Hafil Syed Alimullah baqavi mengendalikan madrasah ini.

Qadi & Imam[sunting | sunting sumber]

Huqdar masjid ini dilantik sebagai qadi Madurai oleh kerajaan setiap era sejak kurun ke-13 bermula dari zaman Qadi Tajuddin. Qadi Madurai kerajaan sekarang ialah A.Syed Khaja Mueenuddeen B.A., juga seorang huqdar masjid ini dan merupakan keturunan Qadi Tajuddin.[6] Urusan mengetuai sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat juga dilakukan oleh keturunan Qadi Tajuddin sehingga hari ini. Ketika ini imam-imam Al-Hafil A.Syed Muhammad Mueenuddeen Ibrahim dan Al-Hafil J. Syed Alimullah Baqavi melaksanakan tugasan ini selama lebih daripada 18 tahun.

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Masjid Besar Kazimar diuruskan oleh keturunan Qadi Tajuddin sejak hari penubuhannya sehingga hari ini. Terdapat sekitar 450 orang huqdar masjid ini yang dipilih untuk membentuk jawatankuasa pengurusan. Ketika ini, masjid ini diuruskan oleh satu lembaga empat orang pemegang amanah yang dipilih dari kalangan huqdar yang merupakan keturunan pengasas masjid ini, Qadi Tajuddin. Tempoh perjawatan mereka adalah selama tiga tahun.

Pemandangan 360 darjah[sunting | sunting sumber]

Sebagai masjid tertua dan terpenting di Tamil Nadu, Masjid Besar Kazimar disenaraikan dalam senarai pemandangan 360 darjah dalam laman sesawang harian Tamil [[Dinamalar]360 degree view of Kazimar big mosque and Madurai Maqbara.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.dinamalar.com/360_view_detail.asp?id=407#top
  2. ^ http://indica.co.in/kazimar-big-mosque
  3. ^ Shokoohy, Mehrdad (2003). Muslim Architecture of South India: The Sultanate of Ma'bar and the traditions of maritime settlers on the Malabar and Coramandel Coasts (Tamil Nadu, Kerala and Goa). Inter-India Publications. ISBN 0-415-30207-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ http://www.etownmadurai.com/kazimar-big-mosque-and-maqbara
  5. ^ http://www.maqbara.com/index.php
  6. ^ http://timesofindia.indiatimes.com/city/madurai/Regions-earliest-interface-with-Islam-was-here/articleshow/34263769.cms

Templat:Mosques in India