Masjid Chengkau Ulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Chengkau Ulu
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
Imam (Imam Besar)
(Timb. Imam Besar)

Dimiliki olehNo Daftar: MY-05-RB-00100
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Rembau
LokasiKampung Chengkau Ulu
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanKonkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Chengkau Hulu terletak di Kampung Chengkau Ulu, Rembau, Negeri Sembilan. Masjid ini dibina secara gotong royong penduduk yang diketuai oleh Undang Luak Rembau, Dato' Haji Sail, pada tahun 1870. Pada masa ini masjid ini mempunyai 120 orang ahli kariah.

Masjid Chengkau Ulu telah dibina pada tahun 1870M Pengasannya ialah YTM Dato' Undang Luak Rembau.

Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk setempat. Bangunan asal masjid ini telah dibina oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau iaitu Dato' Haji Sail pada tahaun 1870M secara bergotong royong dan pada tahun 1893M bangunan masjid ini dibaiki semula oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau iaitu Dato' Hj Sulong bin Ambia.

Pada tahun 1976M sekali lagi bangunan Masjid Chengkau Ulu dibina baru oleh penduduk kampung dengan derma orang ramai serta sumbangan daripada pihak Kerajaan Negeri. Masjid ini pernah beberapa kali dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1883M, 1976M, 1994M, 1995M, 2005M, 2006M, dan 2009M.

Semasa dibina ahli jemaah masjid ini hanya seramai 60 orang sahaja akan tetapi kini ia telah meningkat kepada 150 orang jemaah dalam satu - satu masa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]