Masjid Cina Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Cina Melaka
Masjid Cina Melaka is located in Bumi
Masjid Cina Melaka
Masjid Cina Melaka (Bumi)
Info asas
LokasiKrubong, Melaka, Malaysia
Koordinat geografi2°17′45.4″N 102°13′48.9″E / 2.295944°N 102.230250°E / 2.295944; 102.230250Koordinat: 2°17′45.4″N 102°13′48.9″E / 2.295944°N 102.230250°E / 2.295944; 102.230250
AgamaIslam
Cabang/MazhabSunni
NegaraMalaysia
PemilikanPersatuan Cina Mulsim Melaka
PemimpinPersatuan Cina Muslim Melaka
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaSeni bina Cina
Disiapkan padaApril 2014
Kos pembinaanRM7.5 million
Spesifikasi
Kapasiti2,000 jemaah
Bil. kubah2
Bil. menara masjid1

Masjid Cina Melaka (Jawi: مسجد چينا نڬري ملاك; Cina: 马六甲华人清真寺) merupakan sebuah masjid di Krubong, Melaka, Malaysia dengan gaya seni bina Cina. Masjid ini adalah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Ia telah dibangunkan oleh Persatuan Cina Muslim Melaka (Pertim).[1][2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bajet pembinaan masjid ini telah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Oktober 2011. Pembinaannya dimulakan pada Ogos 2012 oleh Warisan Harmoni Pembinaan Sendirian. Bhd. dan siap sepenuhnya pada April 2014.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Masjid ini direka dengan seni bina Cina yang unik dengan pagoda dan kaligrafi Cina daripada gabungan reka bentuk seni bina beberapa masjid-masjid di Beijing, Shanghai dan Xi'an di China. Ia mempunyai satu menara masjid dan dua kubah. Masjid ini dilengkapi dengan dewan solat utama, perpustakaan, dewan serbaguna, pejabat-pejabat dan restoran. Dengan kawasan seluas 2.8 hektar, masjid ini boleh menampung sehingga 2,000 jemaah.

Kos[sunting | sunting sumber]

Dianggarkan kos pembinaan masjid ini sebanyak MYR7.5 juta, dengan MYR5.9 juta disediakan oleh kerajaan persekutuan manakala selebihnya daripada Pertim dan sumbangan orang ramai.

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Khutbah solat Jumaat di masjid ini disampaikan dalam bahasa Mandarin.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ethnic-based mosques do not undermine Muslim solidarity, says group". themalaysianinsider.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 2018-09-13.
  2. ^ "Chinese mosque for Malacca". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-21. Dicapai pada 2018-09-13.
  3. ^ "Archives". thestar.com.my.