Masjid Hajjah Fatimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
مسجد الحاجة فاطمة
Masjid Ḥajjah Faṭimah
Hā Jiǎ Fǎ Dì Mǎ Huí Jiào Táng
Pemandangan masjid
Maklumat am
Dibuka pada1846
Maklumat geografi
Lokasi4001 Beach Road
Singapura 199584
Koordinat1°18′10″N 103°51′46″E / 1.3029139°N 103.862853°E / 1.3029139; 103.862853Koordinat: 1°18′10″N 103°51′46″E / 1.3029139°N 103.862853°E / 1.3029139; 103.862853
Maklumat pembinaan
Kapasiti jemaah600
Lokasi
Masjid Hajjah Fatimah is located in Bumi
Masjid Hajjah Fatimah
Masjid Hajjah Fatimah (Bumi)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Ḥajjah Faṭimah ialah sebuah masjid yang terletak di sepanjang Beach Road di kawasan Kampong Glam, Singapura. Masjid ini siap dibina pada tahun 1846. Reka bentuk masjid ini menggabungkan seni bina Islam dan Eropah dan direka oleh arkitek masa kolonial, John Turnbull Thomson. Masjid ini dinamakan sempena Ḥajjah Faṭimah, seorang usahawan yang telah membiayai kos pembinaan masjid tersebut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid yang dibina pada tahun 1846 ini mengambil namanya dari Ḥajjah Faṭimah, seorang ahli bangsawan dan usahawan Melayu yang terkenal pada masa itu. Masjid ini dibina di atas tapak rumah lamanya di Java Road. Pada lewat 1830an, rumah tersebut dipecah masuk sebanyak dua kali dan pada insiden yang kedua, rumah itu dibakar dengan sengaja. Ḥajjah Faṭimah, yang tiada di rumah semasa kebakaran itu berhasrat untuk membina sebuah masjid di tapak rumahnya sebagai tanda syukur yang beliau tidak cedera akibat kejadian itu.

Ḥajjah Faṭimah merupakan seorang usahawan yang berjaya pada masa itu. Dilahirkan dalam keluarga yang berasal dari Melaka, Ḥajjah Faṭimah telah mengahwini seorang putera raja Bugis dari Sulawesi yang pada masa itu sedang mengendalikan sebuah tempat perdagangan di Singapura. Namun perkahwinan itu tidak kekal lama kerana suaminya meninggal dunia semasa Ḥajjah Faṭimah masih muda lagi. Beliau mengambil alih perniagaan suaminya dan lama-kelamaan berjaya memiliki armada kapal yang besar yang digunakan untuk meraih keuntungan yang besar dalam perdagangan.

Ḥajjah Faṭimah mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Raja Siti, yang telah mengahwini Syed Ahmed Alsagoff, anak kepada Syed Abdul Rahman Alsagoff, seorang pedagang Arab. Dengan kematian Ḥajjah Faṭimah, segala perniagaannya dipindahkan ke tangan keluarga Alsagoff yang menyambung usaha perniagaannya di bawah nama beliau. Kubur Ḥajjah Faṭimah, serta kubur anak perempuan dan mentuanya terletak di sebuah tempat peribadi di halaman masjid.

Masjid Ḥajjah Faṭimah diwartakan sebagai sebuah monumen nasional pada 6 Julai, 1973. Masjid ini kini dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Dikelilingi oleh tembok yang tinggi, perkarangan masjid ini terdiri daripada sebuah dewan ṣolat, bangunan makam, tempat tinggal imam, tempat mengambil air wuḍuk, beberapa bangunan tambahan dan sebuah taman. Ciri unik masjid ini mungkin terletak kepada menaranya yang direka mengikut ala Eropah. Menara tersebut condong sedikit lebih kurang enam darjah dari garis pusat.

Masjid yang dicondongkan dari hala jalan raya bagi menghadapi Mekah ini memiliki sebuah dewan ṣolat yang dikelilingi beranda pada tiga sudut. Reka bentuk dewan ṣolat ini dilakar semula oleh firma arkitek Chung & Wong pada tahun 1930an dan dilaksanakan oleh syarikat pembinaan Perancis, Bossard & Mopin.

Kubahnya yang besar dikelilingi 12 buah tingkap yang berbentuk seperti pisau tajam bermata dua, setiap satu diperbuat daripada kaca patri berwarna kuning dan hijau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Lembaga Warisan Negara (2002). Singapore's 100 Historic Place. Archipelago Press. ISBN 981-4068-23-3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]