Masjid Hazratbal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Hazratbal (Kashmir: حضرت بل, हज़रतबल; Urdu: حضرت بل), adalah masjid di Srinagar, Jammu dan Kashmir, India. Ramai penduduk di sini percaya masjid ini mengandungi rambut Nabi Muhammad. Kata hazrat bererti suci atau megah manakala bal bermaksud tempat.

Masjid ini terletak di tepi kiri Tasik Dal, Srinagar, Jammu dan Kashmir, India. Masjid ini dikenali dengan banyak nama termasuk Hazratbal, Assar-e-Sharief, Madinat-us-Sani, atau hanya Dargah Sharif.

Sejarah relik[sunting | sunting sumber]

Menurut lagenda, rambut Nabi Muhammad tersebut pertama kali dibawa ke India oleh Syed Abdullah, seorang keturunan Nabi Muhammad yang telah meninggalkan kota Madinah dan menetap di Bijapur, dekat Hyderabad pada 1635. Apabila Syed Abdullah meninggal dunia, anaknya Syed Hamid telah mewarisi relik rambut suci tersebut. Lantaran penaklukan Empayar Mungal ke atas kawasan tersebut, Syed Hamid telah meninggalkan estet kepunyaan keluarganya turun temurun. Beliau juga merasa sukar untuk menjaga relik suci tersebut lalu menjualkannya kepada seorang saudagar Khasmir bernama Khwaja Nur-ud-Din Eshai.

Walau bagaimanapun, Maharaja Moghul Aurangzeb telah mengetahui sindiket penjualan relik suci tersebut, lalu merampas relik suci itu dan dibawanya ke Maqam Khwaja Moinuddin Chishti dekat Ajmer. Manakala, Khwaja Nur-ud-Din Eshai telah dipenjara di Lahore atas kesalahan mempunyai relik suci tersebut.

Akhirnya, Aurangzeb telah menyedari tindakannya itu mempenjarai Khwaja Nur-ud-Din Eshai adalah suatu penganiyaan, dan akhirnya baginda telah membuat keputusan untuk membenarkan Khwaja Nur-ud-Din Eshai membawa rambut tersebut ke Kashmir.

Walau bagaimanapun, sejurus Aurangzeb memerintahkan Khwaja Nur-ud-Din Eshai untuk dibebaskan dari penjara, Khwaja Nur-ud-Din Eshai telah ditemui mati dipenjara.

Pada tahun 1700, relik suci tersebut akhirnya tiba juga ke Kashmir, bersama jenazah Khwaja Nur-ud-Din Eshai. Anak perempuan Khwaja Nur-ud-Din Eshai iaitu Inayat Begum, telah menjadi penjaga kepada relik suci tersebut dan membuka maqam baru di Kashmir.

Inayat Begum telah bernikah dengan salah seorang lelaki dari keluarga besar Banday di Kashmir, dan sejak itu keturunannya telah kekal mejadi penjaga kepada relik suci tersebut yang lebih dikenali sebagai Nishaandehs (liturgi: pemberi petunjuk).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]