Masjid Ibn Tulun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Ibn Tulun
Kairo Ibn Tulun Moschee BW 4.jpg
Info asas
Lokasi Kaherah, Mesir
Agama Islam
Status kegerejaan atau organisasi Masjid
Pemimpin Ahmad bin Thulun
Penerangan seni bina
Jenis seni bina Masjid
Gaya seni bina Abbasiyah
Disiapkan pada 879
Spesifikasi
Bil. kubah 2
Bil. menara masjid 1
Bahan binaan batu bata

Masjid Ahmad Ibn Ţūlūn (bahasa Arab: مسجد أحمد بن طولون‎) terletak di Kaherah, Mesir. Masjid ini ialah masjid yang kekal dengan bentuk asalnya yang tertua di kota ini. Dari segi kawasan, masjid Ibn Tulun juga merupakan masjid terbesar di Kaherah.

Masjid dibina oleh Ahmad bin Ţūlūn, gabenor Abbasiyah yang memerintah Mesir dalam tahun 868–884 M. Pemerintahan Ibn Tulun merupakan pemerintahan Mesir merdeka secara de facto. Ahli sejarah, al-Maqrizi, menyenaraikan tarikh mula pembinaan masjid pada tahun 876 M,[1] dan batu asas asal masjid menyatakan tarikh tamat pembinaan pada 265 H, atau 879 M.

Masjid dibina di atas sebuah bulit kecil bernama Jabal Yashkur, "Bukit Kesykuran." Satu legenda tempatan menyatakan yang Bahtera Nabi Nuh terletak di sini dan tidak di Gunung Ararat selepas Banjir Besar.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ al-Maqrīzī, Khiţaţ, II, pp. 265 ff.
  2. ^ R.G. 'John' Gayer-Anderson Pasha. "Legends of the House of the Cretan Woman." Cairo and New York: American University in Cairo Press, 2001. pp. 33–34. and Nicholas Warner. "Guide to the Gayer-Anderson Museum in Cairo." Cairo: Press of the Supreme Council of Antiquities, 2003. p. 5.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.