Pergi ke kandungan

Masjid India Bandar Kuching

Indian Mosque, Kuching
Masjid India, Kuching
Info asas
LokasiKuching, Sarawak, Malaysia
Koordinat geografi1°33′39.85″U 110°20′38.99″T / 1.5610694°U 110.3441639°T / 1.5610694; 110.3441639
AgamaIslam
Cabang/MazhabSunni
NegaraMalaysia
Jenis seni binamasjid
Bil. menara masjid1

Masjid India Bandar Kuching atau Masjid Terapung Bandar Kuching ialah sebuah masjid terapung yang terletak di tebing Sungai Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia. Bangunan itu dirasmikan oleh bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud pada 1 Mac 2019.[1]

Bangunan lama masjid itu dibina pada Disember 1871 oleh sekumpulan orang India Muslim. Ia dibina di atas tanah yang dibeli daripada kerajaan di bawah pentadbiran Charles Brooke dengan harga 60 Dolar Sarawak. Tanah itu terletak di tempat yang ketika itu merupakan pusat perdagangan India Muslim, di kawasan yang kini dikenali sebagai Jalan Gambir dan Jalan India di Kuching.[2] Bangunan lama ini masih berdiri di antara kedai tekstil dan rempah ratus di Jalan Gambir dan dikenali orang tempatan sebagai Masjid Tambi.[3] Empat individu penting, Encik Thamby Abdullah, Kather Maideen, Kader Basah dan Said Mohamed, merupakan perintis dalam melaksanakan kerja-kerja menaik taraf masjid tersebut.[4]

Projek pembinaan masjid terapung yang menggantikan masjid lama bermula pada tahun 2016.[5] Bangunan itu dibina dengan kos RM21 juta, dan mampu memuatkan 1,600 jemaah pada satu masa.[6]

  1. Rusnan Mustafa (9 March 2019). "Mercu kesatuan ummah". Utusan Borneo. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 March 2026.
  2. David, M. K.; Dealwis, C. (2009). "Reasons for Assimilation: Focus on the Indian Muslims in Kuching, Malaysia". Migration & Ethnic Themes. 25.
  3. Ling Hui; Lian Cheng (28 March 2021). "Awaiting the rebirth of a historical icon: Old Masjid Bandar Kuching to rise again". DayakDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2025.
  4. Rudi Affendi Khalik (17 April 2017). "Masjid India di Kuching ada 27 premis sewa". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 January 2020.
  5. Zaphne Philip (6 April 2019). "Masjid terapung di Kuching siap pada 2018". Media Permata. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 July 2025.
  6. "Floating mosque latest attraction in Kuching". The Borneo Post. 18 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 November 2023.