Masjid Istiqlal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
مسجد الاستقلال
Masjid Istiqlal
Masjid Istiqlal
Masjid Istiqlal is located in Bumi
Masjid Istiqlal
Masjid Istiqlal (Bumi)
Info asas
LokasiJakarta, Indonesia
Koordinat geografi6°10′11″S 106°49′51″E / 6.169804°S 106.830921°E / -6.169804; 106.830921
AgamaIslam (Sunni)
NegaraIndonesia
PemilikanSekretaris Negara Indonesia dengan Menteri Agama Republik Indonesia
Pemimpin
Laman webistiqlal.id
Penerangan seni bina
ArkitekFrederich Silaban
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaAntarabangsa
Kontraktor utamaRepublik Indonesia
Pecah tanah pada24 Ogos 1961
Disiapkan pada22 Februari 1978
Kos pembinaanRp 7 bilion (US$ 12 juta)
Spesifikasi
Kapasiti200,000 jemaah
Bil. kubah2
Lebar kubah (luaran)45 m (148 ka)
Bil. menara masjid1
Tinggi menara masjid96.66 meter atau 317.1 kaki; 66.66 m atau 218.7 ka struktur bertutup batu, ditambah 30 m atau 98 ka bahagian atas keluli tahan karat.
Bahan binaanstruktur keluli dan konkrit, susunan batu di lantai, dinding dan kubah, lantai berjubin, perhiasan keluli tahan karat.

Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Indonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 200,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menteri Agama Republik Indonesia yang pertama dan ayah kepada Presiden Abdurrahman Wahid, KH Wahid Hasyim adalah orang pertama yang mencetuskan idea pembangunan Masjid Istiqlal. Pada 1950, beliau bersama-sama dengan H. Agus Salim, Anwar Cokroaminoto dan Ir. Sofwan serta beberapa tokoh Islam pimpinan KH. Taufiqqorrahman mengusulkan idea tersebut dan mencadangkan pembentukan Yayasan Masjid Istiqlal.

Idea tersebut dipersetujui oleh Ir. Sukarno dan pada 7 Disember 1954 terbentuklah Yayasan Masjid Istiqlal yang diketuai Anwar Cokroaminoto di Lapangan Merdeka (kini Taman Monumen Nasional), Jakarta. Sukarno sendiri menjadi ketua juri bagi mencari seni reka masjid yang bercirikan Indonesia. Hasil satu sayembara, dewan juri yang terdiri daripada Prof. Ir. Rooseno, Ir. H. Djuanda, Prof. Ir. Suwardi, Hamka, H. Abubakar Aceh dan Oemar Husein Amin akhirnya pada 5 Julai 1955 memilih model Frederich Silaban sebagai pemenang untuk seni bina Masjid Istiqlal.

Pada pertengahan tahun 1960 perancangan pembinaan Masjid Istiqlal terganggu seketika kerana terpengaruh dengan suasana politik Indonesia. Namun akhirnya pada 24 Ogos1961 tiang pancang pertama berjaya ditanam menandakan permulaan pembinaannya. Dan pada 22 Disember1978, ia dirasmikan oleh Presiden Suharto.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Bangunan masjid terdiri daripada lima tingkat dengan bangunan induk seluas satu hektar dan disokong 12 tiang utama. Diameter kubahnya berukuran 45 meter dengan bahagian luar diliputi marmar buatan Jerman. Bahagian puncaknya dipasang hiasan khas berbentuk bulan dan bintang yang berukuran tiga meter manakala bahagian dalam kubah yang cekung berwarna kelabu kehitaman.

Seni bina masjid ini menyerupai gaya Arab dengan tangga di penjuru setiap tingkat. Lantai untuk muazin berada pada ketinggian 66.6 meter dengan halaman yang luas dan dilengkapi air pancutan di tengah kolam.

Keseluruhan bangunan masjid berada di kawasan strategik di Taman Wilhelmina yang dihubungkan dengan Sungai Ciliwung yang membelah kota Jakarta.

Fungsi kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Masjid Istiqlal Jakarta direka khas dengan identiti Indonesia. Fungsinya adalah sebagai pusat kegiatan dan aktiviti kemasyarakatan dalam bidang sosial, ekonomi dan budaya. Tingkat bawah masjid digunakan untuk pelbagai keperluan yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti pejabat Dewan Masjid Indonesia, Masjid Ulama Indonesia, Lembaga Pengembangan Tilawah al-Quran, Taman Kanak-kanak Islam dan pentadbiran Badan Pengelola Masjid (BPPMI).

Bersebelahan dengan masjid ialah Jabatan Agama yang memainkan peranan pejabat sebagai kadi dan wali agama dalam beberapa bahagian kenegaraan. Terletak di belakang istana, Masjid Istiqlal juga terletak berhampiran dengan lembaga pemerintah seperti Mahkamah Agung, Jabatan Dalam Negeri dan Markas Besar Angkatan Darat yang terletak di Jalan Merdeka Utara.

Masjid Istiqlal memainkan peranan menyeluruh dalam mendekatkan masyarakat terhadap aktiviti-aktiviti masjid. Selain solat berjemaah lima waktu, terdapat juga pengajian mendalami ilmu-ilmu agama yang disampaikan oleh ulama-ulama dalam bidang berkaitan. Kadang kala, terdapat juga pameran dan seminar serta program untuk masyarakat. Sambutan hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj, Nuzul Quran dan Maal Hijrah disambut di masjid manakala Maulidur Rasul diadakan di Istana Merdeka.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]