Masjid Jamek An-Nur, Labuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek An-Nur, Labuan (Masjid Negeri)
Masjid Jamek An-Nur, Labuan pada 2021
Maklumat am
Dibuka pada1 Februari 1988[1]
Maklumat pentadbiran
Imam2013 (Imam Besar)
2013 (Timb. Imam Besar)
2013
Dimiliki olehNo Daftar: MY-15-WLB-00001
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriWilayah Persekutuan
DaerahLabuan
LokasiMasjid Jamek An-Nur,
Jalan Tun Mustapha, W.D.T. 16, 82197 Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
Koordinat5°17′00″N 115°14′51″E / 5.283394°N 115.247546°E / 5.283394; 115.247546Koordinat: 5°17′00″N 115°14′51″E / 5.283394°N 115.247546°E / 5.283394; 115.247546
Laman sesawang
Masjid Jamek An-Nur.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jamek An-Nur (atau juga dikenali sebagai Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan) merupakan masjid tunggal di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Peringkat awal pembinaan masjid ini dikendalikan oleh kerajaan Sabah melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).[1] Masjid ini dirasmikan pada 1 Februari 1988 oleh Yang di-Pertuan Agong kelapan, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dari Johor bersempena Hari Wilayah.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja projek pembinaan telah dimulakan pada 9 Jun 1980 Masihi tetapi atas beberapa sebab teknikal, projek ini telah ditangguhkan. Namun pada 16 April 1984 Masihi setelah Pulau Labuan dijadikan Wilayah Persekutuan yang kedua selepas Kuala Lumpur, projek ini diambil alih dan dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Senibina[sunting | sunting sumber]

Gabungan seni bina dari unsur senibina Melayu Brunei bercampur dengan senibina Turki.[1] Hasil dua pengaruh ini telah menghasilkan sebuah masjid baru dengan indentiti unik yang indah.[1] Masjid ini dilengkapi dengan kubah dan dua menara tinggi di kedua belah masjid dan turut dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan bagi kegunaan awam seperti tiga dewan kuliah, perpustakaan Darul Hikmah, pejabat pentadbiran dan bulik rehat bagi VIP.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "An-Nur mosque". IslamGRID. Dicapai pada 21 November 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]