Masjid Jamek Putera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek Putera
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Jamek Putera Masjid Tanah
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada (1809-00-00) 0 Disember 1809 (umur 215) tahun tidak sah bulan tidak sah hari tidak sah
Maklumat pentadbiran
ImamEn Mohd Zaidi Bin Haron 2013 (Imam Besar)
Hj Isa Bin Nordin2013 (Timb. Imam Besar)
En Bahaman Bin Saadon2013
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00026
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahAlor Gajah
LokasiMasjid Jamek Putera
Km. 28.8, Masjid Tanah,
78300 Masjid Tanah, Melaka.

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Masjid Jamek Putera merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Masjid Jamek Putera ini telah dibina bagi menggantikan masjid asal yang terletak di tepi sungai berhampiran jambatan jalan menghala ke Air Limau. Masjid asal ini sudah terlalu lama usianya dan tidak lagi berupaya enampung kapasiti jemaah yang kian bertambah. Mengikut cerita orang-orang lama, lebih kurang dalam kurun ke sembilan belas duhulu di atas tapak masjid lama itu terdapat sebuah bukit kecil seperti busut menyerupai bentuk sebuah khubah masjid. Untuk sekian lama penduduk sekitar tidaklah memberikan perhatian sangat pada busut berbentuk khubah itu sehinggalah seorang orang kampung di situ yang dianggap wara’ mendapat mimpi dalam tidurnya bahawa dia didatangi oleh satu lembaga dan lembaga kerkenaan mengsyorkan dibina sebuah masjid di tempat itu. Setelah mengamati mimpinya itu, maka dikumpul dan berbincanglah orang tua-tua ketika itu mengenai mimpi itu. akhirnya tercapailah kata sepakat membina sebuah masjid.

Oleh kerana batu bata belum ada lagi pada zaman itu, maka bak kata pepatah; bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, dengan berbekalkan taqwa serta semangat gotong-royong, kemasyarakatan dan setiakawan yang tebal dan jitu, akhirnya terbinalah sebuah masjid dari tanah liat sepenuhnya. Entah bagaimana bentuk dan saisnya tidaklah diketahui. Sempena peristiwa itu, kampung ini yang asalnya dipanggil Kampung Sungai Baru ditukar kepada Kampung Masjid Tanah mengambil sempena masjid asal dan pertama dibina di kampung ini, hatta di daerah ini dengan tanah.

Masjid lama yang masih wujud lagi sekarang mungkin bukan masjid yang asal kerana ada persamaan dari segi rekabentuk dengan masjid-masjid lain yang dibina dalam satu era tertentu. bagaimanapun ia menjadi salah satu bangunan bersejarah dikampung ini. disebalik lagendanya, masjid lama ini meninggalkan banyak nostalgia kepada generasi pertama dan kedua kita yang masih hidup lagi masa kini. Perkataan `putera’ pada nama masjid ini adalah mengambil sempena nama bapa kemerdekaan negara kita `Tengku Abdul Rahman Putera Aj-Haj.

Tapak masjid ini asalnya adalah tanah sawah tetapi telah diwakafkan oleh tuan-tuan punya: Allah yarhamah-allah yarhamah Hjh. Lamah bte Mat, Hjh. Mani bte Sidin dan Hjh. Amah bte Che’mat. Masjid Jamek Putera Masjid Tanah pada asalnya ialah Masjid Sungai Baru yang diperbuat dinding dan lantainya daripada tanah, maka daripada itu timbullah nama “masjid tanah”. Masjid tersebut diganti dengan masjid batu pada tahun 1809 dan akhirnya dibina pula sebuah masjid yang lebih sesuai lagi seperti yang ada hari ini pada tahun 1970 dan dinamakan “Masjid Jamek Putera Masjid Tanah”.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Jus,
Batu 25,
Kampung Jus,
77500 Selandar,
Melaka


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]