Masjid Jamek Sultan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Jamek Sultan Ibrahim
ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ
Masjid Sultan Ibrahim, Muar, Johor.jpg
Masjid di waktu siang hari
Maklumat am
Nama tempatan Masjid Jamek Muar
Cabang/mazhab Mazhab Syafii
Dibuka pada 28 Februari 1930
Status Masjid Daerah
Masjid Jamek
Tempoh pembinaan 15 Februari 1925 - 28 Februari 1930
Maklumat pentadbiran
Imam Imam Haji Azman bin Mo’min (Imam Besar)
Imam Haji Mohd Hafiz bin Hashim (Timb. Imam Besar)
Imam Haji Musa bin Muda Al-Hafiz
Imam Haji Mohyeedin bin Bahron
Imam Haji Mohd Tamlis bin Abdul Rahman
Bilal Bilal Mohd Zaki bin Mustapha
Bilal Abu Bakar bin Muhammad
Pengerusi As-Syeikh Haji Dzulkafli bin Mohammed
Dimiliki oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor
No Daftar MY-01-BP-00019
Maklumat geografi
Negara  Malaysia
Negeri Johor Johor Darul Ta'zim
Daerah Muar Muar
Lokasi Jalan Petri, Muar
Koordinat 2°02′46.2″N 102°33′29.9″E / 2.046167°N 102.558306°E / 2.046167; 102.558306Koordinat: 2°02′46.2″N 102°33′29.9″E / 2.046167°N 102.558306°E / 2.046167; 102.558306
Maklumat pembinaan
Gaya senibina Moorish
Bil. tingkat 2
Bil. menara 1
Arkitek Encik Sulaiman bin Haji Ilyas
Kontraktor Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman
Pemaju Kerajaan Negeri Johor
Bahan binaan Konkrit, Besi Cerucuk
Laman sesawang
Masjid Jamek Muar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jamek Sultan Ibrahim (Jawi:ﻣﺴﺟﺪ ﺟﺎﻣﻊ ﺳﻠﻄﻦ ﺇﺑﺮﺍﻫﯿﻢ) ialah sebuah masjid tertua yang terkenal dalam daerah Muar. Ia terletak di Bandar Muar, Johor, Malaysia. Lokasi masjid ini adalah di Jalan Petri berdekatan dengan muara Sungai Muar.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Jamek Muar[1] adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembinaan masjid dan merupakan masjid yang tertua di Daerah Muar. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu Encik Sulaiman bin Haji Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said bin Haji Sulaiman.

Pembinaan masjid ini adalah daripada ehsan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim.

Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor) dan Yang Berhormat Dato’ Mustapha Jaafar (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.

Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor), dan juga kepada Yang Amat Mulia Tengku Ahmad selaku Pesuruhjaya Kerajaan Daerah Muar, serta kepada Yang Berhormat Engku Ali bin Abdullah selaku Yang Dipertuan Agama Islam Johor.

Aktiviti Mingguan Masjid[sunting | sunting sumber]

Suasana masjid di waktu malam
  • Kuliah Subuh
  • Kuliah Maghrib
  • Kuliah Dhuha
  • Kuliah Helwah
  • Kuliah Tarannum
  • Zikir Asma Ul Husna
  • Wirid Khaujakan

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Pengajian Al Quran
  • Akademi Seni Khat Muar
  • Pusat Kursus Pra Perkahwinan
  • Dewan Seri Utama - dewan pelbagai guna
  • Safar Inn
  • Balai Rehat
  • Klinik Wakaf An-Nur
  • Laman Sihat
  • WiFi

Hubungi[sunting | sunting sumber]

Gambar sisi masjid

Lujnah Ta'mir
Masjid Jame' Sultan Ibrahim Muar
Jalan Petri
84000 Muar
info@masjidjamekmuar.org

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sejarah Masjid Jamek Muar, dicapai pada 26 November 2016