Masjid Jamek Tebuk Haji Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek Tebuk Haji Musa
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Mula dibina1884
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehNo Daftar: MY-08-PB-00089
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerak Darul Ridzuan
LokasiMasjid Jamek Tebuk Haji Musa, Tebuk Haji Musa
Titi Serong
Perak
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
https://masjid.islam.gov.my/index.php/maklumatDetailMS/1/0803099

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jamek Tebuk Haji Musa adalah salah sebuah Masjid yang tertua di negeri Perak Darul Ridzuan. Masjid ini terletak di Tebok Haji Musa, Titi Serong, 34200 Parit Buntar, Perak. [1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Jamek Tebuk Haji Musa,
Kampung Tebuk Haji Musa
34250 Titi Serong
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarah Masjid ini didirikan pada tahun 1884 oleh Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Hj Mohd Amin dan saudara maranya. Bilangan penduduk ketika itu adalah kira-kira 300 orang. Allahyarham Tuan Haji Musa merupakan orang yang mula-mula mengasaskan pembukaan Kampung Tebok Haji Musa di Titi Serong.

Beliau berasal dari wilayah Setoi semasa itu dibawah kesultanan Kedah dan kemudiannya berpindah ke Kampung Belah Dua, Kampung Setoi di Seberang Perai dan seterusnya berhijrah ke Kampung Tebok Haji Musa. Kampung Tebok Haji Musa di buka antara tahun 1875 dan 1878.

Masjid ini di bina hasil kutipan orang ramai melalui wakaf barangan, derma dan wakaf tanah. Masjid ini dan tanah kawasan Masjid diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Musa Bin Haji Mohd Amin. Tapak asal Masjid berukuran 114 kaki panjang dan 52 kaki lebar. Pada bahagian hadapan mehrab berukuran 14 kaki panjang dan 12 kaki lebar.

Pada masa kini, keluasan Masjid telah ditambah 14 kaki lebar disebelah hadapan dan 95 kaki panjang. Tempat wuduk disebelah hadapan berukuran 23 kaki panjang dan 23 kaki lebar. Dewan makan berukuran 34 kaki panjang dan 41 kaki lebar. Keluasan semua ialah 8,046 kaki persegi.

Masjid Jamek Tebuk Haji Musa
Keratan Akhbar Masjid Jamek Tebuk Haji Musa

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Jamek Tebuk Haji Musa memiliki No Daftar: MY-08-PB-00089.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Jamek Tebuk Haji Musa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-26. Dicapai pada 2018-09-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]