Masjid Jami' Herat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Masjid Jami' Herat
Friday Mosque in Herat, Afghanistan.jpg
Info asas
LokasiHerat, Afghanistan
Koordinat geografiKoordinat: 34°20′35″N 62°11′45″E / 34.34306°N 62.19583°E / 34.34306; 62.19583
AgamaIslam
NegaraAfghanistan
PemimpinShahrukh Mirza[1]
Penerangan seni bina
ArkitekJalal al-Din Firuzshah[1]
Jenis seni binaMasjid
Gaya seni binaIslam
Pecah tanah pada1404 (807 AH)
Disiapkan pada1446 (850 AH)
Spesifikasi
Bil. menara masjid8
Bahan binaanLazuardi, Batu-bata, Batu

Masjid Jami' Herat (مسجد جمعه هرات) juga dikenali sebagai Jama Masjid of Herat, Masjid-i Jami' of Herat,[1] dan juga Great Mosque of Herat[1] adalah sebuah masjid di dalam bandar Herat, Wilayah Herat yang terletak di barat utara Afghanistan. Ia dibina oleh seorang Ghurid, iaitu Sultan Ghiyath al-Din Muhammad b. Sam yang merupakan seorang Sultan yang sangat dikenali. Beliau merupakan pengasas kepada pembinaan pada 1200 Masihi dan selepas kematian beliau, pembinaan masjid ini diteruskan oleh adik dan pemerintah Herat seterusnya berubah-ubah seperti Wangsa Timuriyah, Wangsa Safawiyah, Empayar Mughal, dan Uzbek, di mana semua mereka ini menyokong pembinaan masjid ini.

Selain daripada banyak surau dan masjid kecil yang digunakan untuk solat lima waktu, hampir semua masyarakat Islam mempunyai sebuah masjid yang besar yang digunakan untuk solat Jumaat. Masjid Jami' Herat bukanlah selalu menjadi masjid paling besar di Herat; sebuah masjid yang lebih besar dan kompleks adalah Masjid dan Madrasah Gawhar Shad, juga dibina oleh Timuriyah, yang terletak di bahagian utara bandar Herat. Walau bagaimanapun, masjid itu dibomkan oleh pegawai Tentera India British pada 1885 bagi mengelakkan ia daripada digunakan sebagai kubu oleh Rusia yang cuba untuk menyerang India.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Great Mosque of Herat". Archnet.org. 19 Ogos 2005. Diarkibkan daripada asal pada 3 Oktober 2012. 

Templat:Wilayah Herat