Masjid Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jawa
มัสยิดยะวา
مسجد جاوا
Masjid Jawa di Thailand.
Info asas
LokasiSathorn, Bangkok,  Thailand
AgamaIslam
NegaraThailand
Penerangan seni bina
Jenis seni binaMasjid
Disiapkan pada1906

Masjid Jawa (Thai: มัสยิดยะวา; Jawi: مسجد جاوا) ialah sebuah masjid yang berada di Bangkok, Thailand. Masjid ini disebut Masjid Jawa kerana didirikan oleh orang Jawa di Bangkok.[1] Masjid ini dibina di atas tanah wakaf milik Haji Muhammad Saleh, seorang pendatang Jawa pada tahun 2448 dalam tahun Thailand atau sekitar 1906.[2]

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi masjid ini adalah di kawasan Sathorn, Bangkok, Thailand, lebih tepatnya, beralamat di Jalan Soi Charoen Rat 1 Yaek 9.[3] Masjid ini boleh dikunjungi dari Stesen BTS Surasak melalui lorong di sebelah Hospital St Louis. Kawasan sekitar masjid iaitu Soi Charoen Rat merupakan kawasan yang didiami ramai orang Melayu dan ramai keturunan pendatang Jawa.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini mempunyai seni bina Jawa dengan warna bangunan hijau muda dengan bumbung piramid dengan tiga anak tangga. Bangunan utama masjid ini berbentuk segi empat tepat berukuran 12 x 12 meter dengan empat tiang di tengahnya sebagai penyangga. Selain arah kiblat, pada tiga sisi yang lain terdapat tiga pintu kayu setiap satu. Di luar bangunan utama, terdapat ruang legar dengan empat pintu yang diperbuat daripada jeriji besi. Di bahagian hadapan (mihrab), terdapat mimbar kayu yang dilengkapi dengan tangga. Di kanan dan kiri terdapat dua loceng jam, juga diperbuat daripada kayu.[4]

Terdapat dua bangunan utama iaitu masjid dan madrasah berbentuk rumah panggung dengan pelbagai deretan kerusi dan meja di bawah rumah. Manakala bertentangan dengan masjid terdapat tanah perkuburan Islam. Bahagian dalam masjid itu benar-benar membuatkan saya berasa seperti berada di masjid lama di Jawa. Hiasan tiang, siling, mimbar dan teralis tingkap sangat bergaya Indonesia. Tempat berwuduk pun nampak istimewa. Di sebelah kiri masjid terdapat tulisan perasmian masjid dalam bahasa Thai. Saat Sholat Jumat jamaah dapat mencapai 200 orang.

Masjid Jawa mempunyai madrasah dengan 100 pelajar. Mereka mengadakan tilawah Al-Quran pada hari Ahad untuk dewasa dan kanak-kanak pada hari Isnin-Jumaat.

Tradisi Jawa[sunting | sunting sumber]

Generasi pertama penduduk kampung Jawa di Bangkok datang semasa Perang Dunia Kedua, terutamanya kerana askar Jepun yang membawa mereka bekerja di ladang atau projek Jepun lain pada masa itu. Bilangan warganegara asal Jawa di Thailand meningkat dengan pesat apabila Jepun melakukan kerja paksa (romusha) semasa Perang Dunia II. Ketika itu beribu-ribu orang Jawa telah diangkut ke Thailand untuk membina landasan kereta api yang menghubungkan Thailand dengan Burma ketika itu.

Pada masa ini, kampung Jawa didiami oleh keturunan Jawa ketiga. Walaupun hanya segelintir daripada mereka yang masih boleh berbahasa Jawa, mereka masih mengamalkan beberapa tradisi Jawa. Sebagai contoh, tradisi kenduren, tiga hari, tujuh hari selepas seseorang meninggal dunia, masih dijalankan. Tradisi lain ialah semasa bacaan Maulid Nabi disediakan makanan istimewa seperti mi lontong dan sate. Bukan itu sahaja, apabila tibanya bulan Ramadan, budaya berbuka puasa bersama takjil, juadah khas, kuih cucur dan ais cao, turut disediakan.[5]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Jawa,tapi Kok di Bangkok?". 14 Juli 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "Masjid Jawa di Bangkok". 14 Juli 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ "Berkunjung Dan Beribadah Di 4 Masjid Utama Kota Bangkok". 14 Julai 2013.
  4. ^ "Kampung dan Masjid Jawa – Sathorn, Bangkok". 14 Juli 2013. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ "Mengunjungi Komunitas Wong Jawa di Jantung Kota Bangkok, Thailand". 14 Juli 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-15. Dicapai pada 2013-07-14. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]