Masjid Kampong Keling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Masjid Kampong Keling

Masjid Kampong Keling terletak di Bandar Melaka, Melaka. Masjid ini dibina tidak jauh ke belakang dengan Masjid Kampong Hulu. Ia dibina seawal tahun 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi. Kemudian masjid ini diperbaharui dalam tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908 atap masjid ini ditinggikan mengikut Kampong Hulu. Keseluruhannya pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai.

Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Seni bina Masjid ini memang unik terdapat gabungan seni bina Sumatera, China dan Melayu. Di masjid tersebut terdapat sebuah menara berbentuk pagoda dan bumbung bertingkat 3. Kebanyakkan marmar dan jubin di Masjid ini di bawa dari negara China. Segala ukiran-ukiran yang ada dalam masjid dibuat oleh orang Melayu. Terdapat sebuah kolah di Masjid Kampung Kling, terdapat pancutan air ditengah-tengah kolah. Tiang yang menyokong bumbung kolah ini terdiri dari besi padat berbentuk lukisan Arab. Bumbungnya masih berkeadaan asal. Terdapat juga perigi lama yang masih digunakan lagi berhampiran kolah ini.

Lawatan[sunting | sunting sumber]

Masjid ini dibenarkan untuk menerima pelawat. Namun, pelawat adalah dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan cara pakaian orang-orang Islam iaitu seluar yang menutupi lutut untuk lelaki dan memakai tudung atau skaf untuk wanita. Walau bagaimanapun, masjid ini menyediakan jubah untuk mereka yang tidak memakai pakaian yang sesuai. Selain itu, orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dewan solat.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]