Masjid Kampung Batu, Alor Pongsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Kampung Batu 38 Jalan Keretapi, Alor Pongsu merupakan sebuah masjid yang dibina oleh Kerajaan sekitar tahun 90an diatas tanah yang diwakafkan oleh mantan imam dan ketua kampung tersebut iaitu Tuan Haji Omar Bin Ahmad. Pada asalnya masjid ini diperbuat daripada kayu, namun demikian pada tahun 90an Kerajaan telah mengeluarkan peruntukan bagi pembinaan masjid baharu untuk kegunaan penduduk setempat. Pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di masjid ini bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk. Penduduk kampung ini adalah terdiri daripada orang-orang melayu yang beragama Islam. Majoriti penduduk generasi pertama kampung ini berasal daripada Kedah dan memulakan perkampungan di sini. Oleh yang demikian, bahasa dan cara hidup penduduk setempat adalah bercirikan orang Kedah.