Masjid Kampung Laut
Masjid Kampung Laut مسجد کامڤوڠ لاءوت | |
---|---|
![]() Masjid Kampung Laut | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Sunah |
Dibuka pada | Selewat-lewatnya 1676 |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Wan Mat Zin Bin Wan Yusoff 2017 (Imam Besar) 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
Dimiliki oleh | No Daftar: MY-03-TPT-00207 |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kelantan |
Jajahan | Kota Bharu |
Lokasi | Jalan Kuala Krai, Kampung Nilam Puri |
Koordinat | 6°01′38″N 102°14′28″E / 6.027294°N 102.241121°EKoordinat: 6°01′38″N 102°14′28″E / 6.027294°N 102.241121°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. menara | 1 |
Keluasan | 406 meter persegi |
Bahan binaan | Simen |
Laman sesawang | |
Masjid Mukim Kampung Laut | |
sunting |
Masjid Kampung Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, Malaysia. Masjid ini dibina pada abad ke-18 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia. Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
Penamaan[sunting | sunting sumber]
Masjid ini dinamakan sempena Kampung Laut, sebuah kampung di tebing Sungai Kelantan dalam Jajahan Tumpat, yang mana terletaknya lokasi asal masjid tersebut sebelum ianya dipindahkan ke tempat sekarang.[1]
Lokasi[sunting | sunting sumber]
Masjid Kampung Laut terletak di Kampung Nilam Puri, sebuah kampung dalam Jajahan Kota Bharu di Kelantan. Masjid ini terletak di Jalan Kuala Krai, berhadapan dengan kampus Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. Pada tahun 1730-an, sekumpulan mubaligh melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Malangnya perahu mereka bocor dan mengalami kesulitan. Para mubaligh dalam perahu itu bersumpah bahawa kalau mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.
Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik ‘Tebuk Pasak‘ yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting.
Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali sebagai ‘Bah Air Merah’ yang melemahkan lagi asasnya. Selepas dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dipindahkan dan dibuka kembali di kawasan yang baru iaitu di Nilam Puri pada hari ini dan dibina dengan bantuan para tukang kraftangan Melayu Kelantan.[1]
Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki) iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.
Seni bina[sunting | sunting sumber]
Masjid ini dibina dengan unsur seni bina Nusantara.[1] Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasanya hanya 400 kaki persegi. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya ditukarkan kepada atap genting kerana atap genting lebih kukuh daripada atap rumbia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b c A. Aziz, Azim (2016). Masjid - Selected Mosques and Musollas in Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: ATSA Architects. m/s. 1–4. ISBN 978-983-3631-04-9.