Masjid Kampung Rawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Jamek Kampung Rawa
مسجد جامع كمفوغ راوا
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Kampong Rawa
Cabang/mazhabAhli Sunnah Wal Jamaah
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHaji Mohd Farouk Abdullah (Imam Besar)
Haji Hassan Ghani (Timb. Imam Besar)
BilalTuan Muhammad Yasir bin Haji Mohd Farouk
Tuan Mohamad Izwan bin Osman
PengerusiHaji Azhari Hamzah
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
LokasiMasjid Kampung Rawa,

Jalan Petani,

10150 Pulau PinangMasjid Jamek Kampung Rawa
Jalan Petani, Georgetown,
10150 Pulau Pinang
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. tingkat2
Bil. menara1
Laman sesawang
https://wa.link/yyjin7

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Jamek Kampung Rawa merupakan sebuah masjid di daerah Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Jamek Kampung Rawa
Jalan Petani, Georgetown,
10150 Pulau Pinang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terletak di Kampung Rawa, Jalan Patani bersebelahan Jalan Sungai Pinang. Perkataan Rawa sendiri diambil dari kelompok masyarakat Melayu Rawa (Rao) beragama Islam yang mengamalkan adat budaya Rao. Kedatangan mereka atas faktor perdagangan (perniagaan kitab) sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, seterusnya bermastautin di Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang. Melalui hubungan perkahwinan dengan penduduk tempatan, kelompok ini berkembang lalu membentuk sebuah penempatan di Kampung Rawa bersebelahan susur Sungai Pinang.

Masjid Kampung Rawa pada asalnya merupakan sebuah surau kecil, dibina pada tahun 1952 di atas tanah Majlis Bandaraya Pulau Pinang memandangkan majoriti pekerja City Council pada waktu itu beragama Islam. Apabila bilangan pekerja Majlis Perbandaran semakin bertambah, sebuah madrasah pula dibina bagi memuatkan lebih ramai jemaah. Walau bagaimanapun, ia telah dirobohkan sekitar tahun 1960-an untuk pembinaan kuarters Majlis Perbandaran. Madrasah telah dipindahkan ke sebuah tapak di Kampung Rawa, yang juga merupakan tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Madrasah tersebut akhirnya diperbesarkan menjadi sebuah masjid pada tahun 1995 dengan dana seorang penderma budiman dan sumbangan orang ramai. Tapak masjid kemudian diwakafkan pihak MPPP. Masjid yang diilhamkan oleh jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), telah dinamakan sebagai Masjid Kampung Rawa bersempena dengan kawasan tapak masjid ini dibina. Selepas itu, semakin banyak aktiviti keagamaan dan majlis ilmu dijalankan. Masjid kemudian dinaik taraf pada Oktober 2002 oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan dengan rasminya menggunakan nama Masjid Jamek Kampung Rawa. Pengerusi masjid pada waktu itu, En Yatim Ahmad telah membentuk sebuah jawatankuasa qariah.

Projek naik taraf sekali lagi dijalankan pada tahun 2017 dengan libatsama JKR Timur Laut, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Bangunan masjid siap dibina sepenuhnya pada bulan Mac 2020 dengan kapasiti 1096 orang jemaah. Masjid Jamek Kampung Rawa dinaungi satu kubah berbentuk lengkungan telur (al-Ihliji), motif dekoratif dengan pola geometri juga komposisi ruang nuansa cerah. Seni bina masjid kini tersergam indah di Kampung Rawa, Pulau Pinang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]