Masjid Kariah Pekan Labu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Kariah Pekan Labu
مسجد قرية فكن لابو
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada1982
StatusAktif
Maklumat pentadbiran
PengerusiEn. Mohd Ihasan bin Ghani
Dimiliki olehMajlis Agama Islam Negeri Sembilan
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriNegeri Sembilan
DaerahDaerah Seremban
LokasiLabu N.Sembilan
Koordinat2°45′27″N 101°49′1.5″E / 2.75750°N 101.817083°E / 2.75750; 101.817083Koordinat: 2°45′27″N 101°49′1.5″E / 2.75750°N 101.817083°E / 2.75750; 101.817083
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanKonkrit

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kariah Pekan Labu merupakan sebuah Masjid yang terletak dalam daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Masjid Kariah Pekan Labu terletak di kedudukan Latitud 2 darjah, 45 minit, 27 saat Utara dan Longitud 101 darjah, 49 minit, 1.5 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 41minit, 50.9 saat. [1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Masjid Kariah Pekan Labu (MKPL) telah siap dibina pada tahun 1982 hasil kerjasama Almarhum bekas Mufti kerajaan Negeri Sembilan, Sheikh Haji Ahmad bin Sheikh Haji Mohd Said dan penduduk setempat dengan No. Rujukan Pendaftaran : PADS.196 (04) 466/13. Tapak pembinaan masjid ini disumbangkan oleh pihak kerajaan negeri menggantikan bangunan masjid lama yang terletak berhampiran Sungai Labu. Masjid ini juga mengurus dan mengawal selia dua buah kawasan tanah perkuburan iaitu Tanah Perkuburan Kampung Labu dan Tanah Perkuburan Kampung Kilang Padi. Selain itu, masjid juga turut menaungi empat buah surau dalam Kariah Pekan Labu iaitu Surau Kampung Labu, Surau Orang Asli Kampung Tekir, Surau Kawasan Estet Labu serta Masjid Lama Kampung Labu. Alhamdulillah, menelusuri hampir 33 tahun penubuhannya, masjid ini terus berkembang sebagai pusat ibadah dan pusat pengimarahan program keagamaan bagi kawasan Pekan Labu Batu 10 ini yang merangkumi Kampung Tekir, Kampung Labu, Taman Labu Indah, Kampung Kilang Padi, Kampung Lambar, Rumah Rakyat Labu serta Kawasan Perumahan Masjid. [2]

Pegawai dan Jawatankuasa Masjid[sunting | sunting sumber]

PENASIHAT

Dato' Haji Hasim bin Rusdi 

PEGAWAI MASJID

Imam 1 : Ustaz Haji Shaifudin bin Maulup

Imam 2 : En. Mohd Ibrahim bin Romolo

Bilal :  En. Nor Azahar bin Othman

Siak : En. Zainal bin Sufian

Bilal Wanita : Pn. Maznah binti Saidu 

JAWATANKUASA MASJID

Pengerusi : En. Mohd Ihasan bin Ghani

Setiausaha : Ustaz Khairul Azhar bin Meerangani

Bendahari : En. Dahlan bin Mohd Nor

Ahli Jawatankuasa :                                    

  • En. Irwan bin Mohd Suhid.
  • En. Anuar bin Ibrahim
  • En. Haqique Ahmad bin Mohd Shabbir
  • En. Amar bin Said
  • En. Mad Derus bin Bakar
  • En. Zaini bin Marawi
  • Pn. Haniza binti Harun
  • Pn. Sharifah binti Jono
  • Pn. Shekh Amma binti Ahmad Merah                

Pemeriksa Kira-Kira :

  • Sarjan Roselim bin Kamat
  • Sarjan Hassan bin Yaacob

Program Anjuran Masjid[sunting | sunting sumber]

Pihak Masjid aktif melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dalam usaha memperbaiki akhlak dan kehidupan beragama masyarakat setempat. Antaranya :-

  • Sambutan hari kebesaran Islam seperti Israk Mikraj, Nuzul al-Quran dan Awal Muharram.
  • Program Kem Smart Solat.
  • “Bulan Penghayatan Ramadhan” melalui program Tadarus al-Quran, Iftar Jamaie, Qiyamullail Perdana, Tarawih bersama Imam Palestin serta program bantuan “Jejak Asnaf Miskin”.
  • Pengisian kuliah keagamaan 7 hari seminggu (Tafsir, Fiqh, Hadis, Aqidah, Tasawwuf, Akhlak, Tahsin al-Quran dan Kelas Berzanji).
  • Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat Kariah Pekan Labu.
  • Sambutan Ibadah Korban peringkat Masjid.
  • Kursus Pengurusan Jenazah.
  • “Bulan Mahabbah Rasul” melalui program Kem Cinta Rasul, Forum Perdana Maulidur Rasul serta bacaan kitab Syamail Muhammadiyyah.
  • Program Khatan Perdana
  • Program 'Jom Cuci Masjid' dengan kerjasama Media Prima Berhad.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid dan surau di daerah Seremban" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-07-01. Dicapai pada 2014-07-07.
  2. ^ https://www.facebook.com/MasjidLabu/?ref=bookmarks

Pautan luar[sunting | sunting sumber]