Masjid Kersik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Kersik
มัสยิดกรือเซะ
Masjid Kersik is located in Bumi
Masjid Kersik
Masjid Kersik (Bumi)
Info asas
LokasiPattani, Thailand
Koordinat geografi6°52′23″N 101°18′11″E / 6.87306°N 101.30306°E / 6.87306; 101.30306Koordinat: 6°52′23″N 101°18′11″E / 6.87306°N 101.30306°E / 6.87306; 101.30306
AgamaIslam
Cabang/MazhabSunni
NegaraThailand
Penerangan seni bina
Jenis seni binamasjid
Pecah tanah padaabad ke-16

Masjid Kersik (juga Kerisik, Kerisek, Krisek;[a] Keresik, Kresik, Kresek, Krue Se dan Gresik;[b] Bahasa Thai: มัสยิดกรือเซะ, RTGSMatsayit Kruese),[1][2] turut dipanggil Masjid Sultan Muzaffar Shah atau "Masjid Pintu Gerbang" ialah sebuah masjid di wilayah Pattani, Thailand. Pembangunannya boleh jadi telah dimulakan pada abad ke-16. Strukturnya yang masih selamat mencirikan campuran gaya seni bina Eropah dan Timur Tengah.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bila masjid ini julung kali dibangunkan tidaklah jelas, sungguhpun ia telah dibangunkan di kedudukan yang sama berkali-kali. Menurut Hikayat Pattani iaitu sejarah Kerajaan Pattani, dua buah masjid ada dibangunkan sepanjang pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (d. 1564) dan salah satunya dibangunkan di luar pintu gerbang utama kubu kota bersebelahan padang atau dataran bandar. Agaknya itulah kedudukan bagi Masjid Kerisik yang kini. Ia turut dikatakan telah dibangunkan sekitar waktu raja Ayutthaya iaitu Naresuan Agung, tapi ditinggalkan tanpa siap atas perebutan kuasa antara Sultan Patani dan saudaranya. Di tapak masjid itu, ada bataan dengan gaya zaman Dvaravati. Sesetengah pula percaya yang masjid ini dibangunkan oleh seorang lanun Cina, Lim Toh Khiam yang mana mengikut tradisi tempatan telah berkahwin dengan puteri Sultan Patani, didakwa menjadi Raja Hijau dan memeluk Islam. Di samping masjid itu, ada sebuah kebun bersama batu nisan Lim Ko Niao, yang dikatakan menjadi adik perempuan Lim Toh Khiam, yang mana dalam cerita ini telah meletakkan sumpah agar kubah masjid itu tidak akan pernah siap.

Sebuah masjid diketahui telah dibangunkan pada awal abad ke-17; Jacob van Neck menuliskan dalam sebuah laporan Belanda pada 1603 yang masjid utama Patani sebelumnya "dibangunkan dengan kemas oleh pekerja Cina daripada bata merah". Keterangan terkemudian abad ke-17 oleh seorang pengembara Johan Nieuhof pula mengatakan yang berikut:

Gereja Mohametan ialah benteng binaan bata merah yang tersergam indah, bersepuh emas serba indah di dalam, dan dihiasi dengan tiang, bertempa corakan dengan rasa ingin tahu. Di tengah-tengah berdekatan dinding ada mimbar, berukir dan bertempa segenapnya, sampaikan pendetanya hanya dibenarkan naik dengan empat langkah besar.[c][4]

Masjid itu boleh jadi telah ditinggalkan musnah setelah Pattani ditawan dan dijarah oleh Siam pada 1785, dan pusat Pattani telah dipindahkan ke kedudukan baru beberapa meter ke barat darinya. Percubaan membaiki atau mendirikan semula masjid dijalankan oleh Tuan Sulong pada abad ke-19 yang memerintah Pattani dari 1816 ke 1832. Masjid ini disebut Masjid Kerisik (atau Krue Se) bertepatan dengan Kampung Kerisik (Ban Krue Se) iaitu tempat ia berada. Masjid ini ditetapkan menjadi tapak bersejarah oleh Jabatan Seni Halus Thailand pada 1935 dan pengubahsuaian kecil dijalankan dua tahun kemudian. Kerja pengubahsuaian utama yang dibuat pada strukturnya dilakukan pada 1957 dan 1982. Pengubahsuaian sepanjutnya pula selesai pada 2005.

Peristiwa Masjid Kerisik[sunting | sunting sumber]

Pada 28 April 2004, sewaktu penjawatan Thaksin Shinawatra dan dalam tempoh pemberontakan pejuang kebangsaan Islam di wilayah paling selatan, 32 orang yang bersenjata bertahan di dalam masjid setelah lebih 1000 orang militan melepaskan serangan ke atas petempatan polis di seluruh wilayah Pattani, Yala dan Songkla.[5] Selepas tujuh jam berjarak tempuh dengan kakitangan tentera Thai, askarnya menyerang dan membunuh kesemua 32 orang.[6] Serangan itu melanggar perintah Kementerian Pertahanan dalam mengakhiri konfrontasi ini dengan damai, dan telah menjadi subjek pertanyaan antarabangsa yang menyimpulkan tentera menggunakan kuasa berlebihan.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sama-sama dibaca /kərisɪʔ, krisɪʔ/ (/r/ boleh dibaca /ɣ/).
  2. ^ Sama-sama dibaca /kərəsɪʔ, krəsɪʔ/ dan /ɡrəsɪʔ/ (/r/ boleh dibaca /ɣ/).
  3. ^ Terjemahan petikan berikut:
    • The Mohametan church is a stately edifice of red brickwork, gilt very richly within, and adorned with pillars, curiously wrought with figures. In the midst close to the wall is the pulpit, carv'd and gilt all over, unto which the priests are only permitted to ascend by four large steps.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NUR ELIYANA MOHD REDHUAN. "Masjid Kerisik Warisan Melayu Yang Tak Sudah?". Klip Web DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 19 November 2022.
  2. ^ Encik Shino (16 Januari 2018). "Masjid Kresik Selatan Thailand Yang Terkenal Gelaran "Masjid Pintu Gerbang"".
  3. ^ "มัสยิดกรือเซะ". Pattani Province. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2006.
  4. ^ Sheehan, J. J. (1934). "Seventeenth Century Visitors to the Malay Peninsula". JMBRAS. 12 (2): 94–107. JSTOR 41559513.
  5. ^ "Shattered by horrific events". The Nation. 29 April 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2012. Dicapai pada 3 November 2011.
  6. ^ "Thai mosque killings criticised". BBC News. 28 Julai 2004.