Masjid Kuala Sungai Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Kuala Sungai Baru
Sila sumbangkan gambar masjid
Maklumat am
Nama tempatanMasjid Al-Hasaniah
Cabang/mazhabSunni Islam
Dibuka pada (1922-01-01) 1 Januari 1922 (umur 102)
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamHj Mokhtar Bin Hj Jani 2017 (Imam Besar)
Hj Ab Rahman Bin Hj Hassan 2017 (Timb. Imam Besar)
Mohd Ghazalli Bin Jantan 2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-AG-00036
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahAlor Gajah
LokasiMasjid Kuala Sungai Baru,
Km. 44.8,
Kuala Sungai Baru,
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Kuala Sungai Baru

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Kuala Sungai Baru merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 44.8, Kuala Sungai Baru, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.[1]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Kuala Sungai Baru,
Km. 44.8,
Kuala Sungai Baru,
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal kurun kesembilan belas, kariah Kuala Sungai Baru adalah di bawah pimpinan Penghulu Salehudin (Demang salehuddin). Pada masa itu, Kuala Sungai Baru yang terletak berhampiran pantai dan sawah hanya wujud sebuah masjid kayu yang sederhana besar saiznya. Imam yang bertanggungjawab adalah Allahyarham Tuan Hj. Mahmud bin Nahu. Kampung Kuala, Kampung Hilir, Kampung Permatang, Kampung Ladang, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Telok Gong, Kampung Air Molek dan Kampung Bukit Chempedak menggunakan masjid tersebut untuk beribadat. Ini disebabkan hanya itulah satu-satunya masjid yang ada ketika itu. Imam yang bertanggungjawab adalah Allahyarham Tuan Hj. Abu Bakar bin Abu.

Bilangan penduduk yang semakin bertambah tidak dapat menampung keluasan masjid yang terhad. Menyedari keadaan ini, usaha-usaha untuk membina sebuah masjid baru untuk menggantikan masjid yang sedia ada. Masjid baru dibina daripada batu bata, berlantai semin, atap kenting dan 4 batang tiang kayu dibawa khas dari Tanjung Tuan. Kutipan derma dari penduduk kampong dan luar, derma yang dikumpulkan ketika itu tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan mendirikan masjid. Akibat kekurangan wang ketika itu, upah kerja tidak dapat dijelaskan dan masjid baru tidak dapat digunakan kerana dikunci. Penduduk kampong ketika itu terpaksa menggunakan masjid lama (kayu). Sehinggalah salah seorang Ahli Jawatankasa masjid ketika itu Encik Nakman bin Lah menggadaikan tanah beliau kepada cheti untuk menyelesaikan bayaran upah pekerja. Ketika itu barulah masjid baru dibuka untuk solat Jumaat.

Masjid lama (kayu) telah digunakan sebagai tempat “kuarantin” untuk pesakit cacar air yang melanda penduduk Kuala Sungai Baru ketika itu. Imam yang mengetuai jemaah ketika itu adalah Allahyarham Tuan Hj. Hassan bin Hj. Abu Bakar. Derma orang perseorangan telah dapat membina Varanda (soyok) sebelah kiri berhampiran tanah wakaf (kubur). Selepas itu masjid yang sedia ada diperbesarkan untuk menampung bilangan jemaah yang semakin bertambah. Bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri diperolehi semasa Allahyarham Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Jais menjadi ADUN Kuala Linggi ketika itu. Maka terhasillah bangunan masjid tambahan di sebelah kanan yang telah dirasmikan oleh Gabenor Melaka ketika itu iaitu Tuan Yang Terutama Tun Hj. Syed Zahiruddin bin Syed Hassan pada 28.12.1983 bersamaan 23 Rabiul Awal 1404. Imam ketika itu adalah Al-Fadzil Tuan Hj. Mokhtar bin Hj Jani.

Tapak masjid tambahan ini pada awalnya adalah merupakan tempat jemaah berwudhuk (kolah). Tempat wudhuk ini menyamai tempat wudhuk di Massjid Tengkera, Melaka. Pada tahun 1998, pihak Ahli Jawatankuasa masjid telah menghantar permohonan untuk pembesar dan mengubahsuai bangunan masjid. Setelah kelulusan diperolehi daripada MAIM bertarikh 22hb Januari 1998, derma orang ramai berjaya diperolehi. Pengubahsuaian itu termasuklah pembinaan perpustakaan di masjid. Arkitek Tuan Hj. Ismail bin Hj. Othman telah dilantik dalam kerja-kerja pengubahsuai itu kerana beliau merupakan anak jati kampung Kuala Sungai Baru.

Setelah masjid tersergam indah, pencarian nama masjid yang sesuai mula difikirkan. Akhirnya Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan menamakan masjid tersebut “Masjid Al-Hasaniah” bersempena dengan nama bekas mufti Kerajaan Negeri Melaka, Allahyarham Tuan Guru Hj. Hassan bin Hj. Abu Bakar. Seterusnya pembinaan projek “Menara masjid Al-Hasaniah” telah disiapkan pada 2003 dengan jumlah perbelanjaan RM 30,000. Syarikat Asnor Enterprise telah membina menara ini dengan mematuhi pelan struktur yang telah ditetapkan.

Sehinggalah sekarang, Masjid Al-Hasaniah masih tidak dapat menampung jemaah yang Begitu ramai terutamanya pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Khemah-khemah sementara terpaksa didirikan di luar bangunan masjid pada musim perayaan tersebut. Tuan Imam yang masih lagi mengetuai jemaah sehingga ke hari ini adalah Tuan Hj. Mokhtar bin Hj. Jani, walaupun perkhidmatan beliau adalah secara kontrak. Masjid ini mula dibina pada tahun 1922 daripada derma orang ramai.


Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Kuala Sungai Baru merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Masjid Kuala Sungai Baru memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-AG-00036.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]