Masjid Mukim Sungai Asap 'A'

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Mukim Sungai Asap A
A مسجد مقيم سوڠاي اسڤ
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni Islam
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamIsmail B. Harun 2017 (meletak jawatan :2020) (Imam Besar)
2017 (Timb. Imam Besar)
2017
Dimiliki olehNo Daftar: MY-03-GM-00027
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriKelantan
LokasiMasjid Mukim Sungai Asap 'A',
Mukim Sungai Asap 'A'
18300 Gua Musang,
Kelantan Darul Naim
Maklumat pembinaan
Bil. menara2
Ketinggian menara100 m
Kapasiti jemaah150 orang jemaah
Bahan binaanSimen
Laman sesawang
Masjid Mukim Sungai Asap 'A'

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Mukim Sungai Asap 'A' merupakan sebuah masjid yang terletak di Mukim Sungai Asap 'A' 18300 Gua Musang, Kelantan Darul Naim.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum masjid ini didirikan, solat berjemaah solat jumaat dan solat sunat hari raya dibuat di Masjid Mukim Sungai Asap 'B' yang terletak 1km dari kampung. Jarak yang jauh menyukarkan penduduk kampung untuk solat berjemaah dan solat jumaat. Maka, mereka bercadang untuk membina surau atau madrasah di kampung mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Kemudian, mereka bergotong-royong membina madrasah tersebut yang diperbuat dari kayu. Madrasah tersebut dianggarkan mampu menampung sekurang-kurangnya 100 ke 150 orang jemaah. Balaisah (madrasah) tersebut kemudian digunakan sebagai "surau jumaat" (sebenarnya istilah tersebut tidak wujud di Kelantan) untuk sub-mukim Sungai Asap. Madrasah tersebut terletak kira-kira 700 meter dari masjid. Madrasah tersebut dibina pada tahun 90-an semasa kampung tersebut baru diterokai.

Pada tahun 2001, masjid yang baharu dibina di atas tapak taman permainan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Masjid baharu mampu menampung sekurang-kurangnya 200 orang jemaah. Namun, madrasah lama masih digunakan untuk solat fardu; lebih-lebih lagi solat sunat hari raya memandangkan ramai anak perantau yang pulang ke kampung dan masjid tidak mampu menampung limpahan jemaah semasa hari raya. Maka, madrasah berfungsi sebagai tempat tambahan untuk solat sunat hari raya.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Masjid Mukim Sungai Asap 'A' memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-03-GM-00027.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Mukim Sungai Asap 'A',
Mukim Sungai Asap 'A'
18300 Gua Musang,
Kelantan Darul Naim

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Mukim Sungai Asap 'A'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-23. Dicapai pada 2018-01-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]